Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DONNIE YEN AKAN DATANG KE MALAYSIA PROMOSI FILEM SAKRA



BINTANG Antarabangsa Donnie Yen yang terkenal dengan watak Tuan Guru IP Man kini beralih wataknya kepada Tuan Guru Qiao Feng, seorang protagonis utama di alam kehidupan pemerintahan zaman Wuxia.

Dunia Wuxia diciptakan oleh Louis Cha, seorang novelis legenda berbakat yang terkenal dan beliau merupakan seorang novelis terbaik yang telah menerbitkan pelbagai novel Wuxia termasuk siri novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils.

Untuk memperkenalkan novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils pada masyarakat dunia, pelakon aksi terkenal Donnie Yen mengambil inisiatif mengadaptasikan novel tersebut ke layar perak dengan memberi tajuk baru Sakra.

Di dalam pembikinan filem aksi epik terbesar Sakra ini, Donnie Yen menggalas tugas besar sebagai seorang penerbit, pengarah dan pelakon.

Teruja menghasilkan filem Sakra supaya menampakkan kualiti dan bermutu, Donnie Yen telah mengumpul satu pasukan produksi yang hebat dimana sebahagian dari mereka, pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set dan pereka pakaian terbaik, pengarah terbaik serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik.

Mereka yang menyertai produksi filem Sakra antaranya adalah pelakon aksi atlet sukan negara Wu Yue, pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai, pemenang pelakon wanita terbaik anugerah Filem Hong Kong Cya Liu, dan ramai lagi.

Lawatan rasmi terakhir Donnie Yen ke Malaysia adalah pada tahun 2019 ketika mempromosikan filem blokbuster Ip Man 4: The Finale. Filem ini telah berjaya mengatasi rekod sebagai filem Cina no.1 di Malaysia dengan meraih kutipan tertinggi melebihi RM37 juta dan dinobatkan sebagai filem cina terlaris setakat ini.

Pada 13 dan 14 Januari 2023, Donnie Yen akan membuat kemunculan di Malaysia untuk mempromosikan filem Sakra.

Nantikan maklumat dan butiran terkini mengenai promosi filem Sakra dan peluang menemui Donnie Yen secara dekat di beberapa lokasi pertemuan dan tayangan perdana.

Dibawakan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing, filem wuxia blokbuster Sakra akan menemui pawagam pada 16 Januari 2023 dengan tayangan awal bermula pada 14 dan 15 Januari 2023.

Post a Comment

0 Comments