Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JUARA GV8, ALIFF AZIZ MENANG RM100,000


SELEPAS
10 minggu berjuang di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz kejayaan manis menjadi milik mutlak Aliff Aziz apabila dinobatkan sebagai juara di pentas akhir program tersebut yang 
bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebentar tadi.

Kemenangan itu merupakan pemilihan sebulat suara daripada pihak juri yang sepakat memberikan markah tinggi buat Aliff iaitu 83.06 peratus (%), sekali gus menewaskan saingan terdekatnya, Nikki Palikat (81.26%) dan Suki Low (77.91) yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Diikuti Adibah Noor (67.25%), Azan Scan (64.04%) dan Aweera (63.90%) yang turut menampilkan persembahan yang menghiburkan di pentas.

Aliff yang menyampaikan lagu Sampai Syurga (solo) dan Dealova (duet bersama Hafiz Suip) dan Bangun (battle rap bersama Aweera berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.

Setiap peserta diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap serta Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

GV8 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jighan Muse itu turut disertai kumpulan Nico, Datuk Fazley, Upiak, Bandi Amuk, Sa.Ya, Shidee dan  Ani Mayuni yang terlebih dahulu tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya.

Post a Comment

0 Comments