Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MAJALAH 3, TANGISAN LEMBAH KLANG


NEGARA digemparkan dengan bencana bah besar bermula 18hb Disember lalu selepas hujan lebat membadai hampir 24 jam dan berlarutan beberapa hari. Kejadian ini telah menyebabkan beberapa negeri dilanda bencana banjir dan kawasan terawal terjejas adalah Lembah Klang. 

Lembah Klang merupakan kawasan yang jarang-jarang sekali ditimpa bah besar dan ini membuatkan ramai yang terkejut dan tidak membuat sebarang persediaan. Sayu dan sedih apabila bah ini telah mengorbankan banyak nyawa.

Kru Majalah 3 telah turun padang membawa penonton menyorot kisah suka duka di sebalik tragedi yang melanda, negara pada malam ini, 27hb Disember jam 9 malam.Ikuti laporan ini hanya menerusi TV3 dan www.tonton.com.my. 

Majalah 3 diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Ally Iskandar Mohd Mardzi dan Penerbit, Christine Lee Mei Chin.


[KREDIT: TV3]









Post a Comment

0 Comments