Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pertandingan Filem Pendek & Tarian, lanjut tarikh penyertaan hingga 15 Jun



FAKULTI Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana Cawangan Selangor dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan FINAS mengambil inisiatif menyeru masyarakat untuk sama-sama memahami kehidupan normal baharu melalui pertandingan karya filem pendek dan tarian.


Pertandingan ini telah dilanjutkan penyertaan kepada awam sehingga 15 Jun 2021, di mana sejumlah RM33,000 dipertaruhkan kepada kesemua bakal pemenang pada majlis kemuncak WAVE Awards 2021 yang akan berlangsung secara dalam talian pada 9 Julai depan.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Datuk Profesor Ts. Dr. A Razak Mohaideen berpendapat bahawa Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara lebih setahun ini tidak menghalang bakat dan kreativiti anak-anak muda.

Malah mereka lebih berpeluang menonjolkan idea dan kreativiti melalui penggunaan teknologi dan kamera dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Tambah beliau, pertandingan ini mampu menjadi kayu ukur yang lebih tinggi sekiranya mereka ingin menceburkan diri di dalam industri yang berkaitan.

FiTA bersama Yayasan Hasanah dan FINAS sangat mengalu-alukan penghantaran karya kreatif kepada WAVE Awards 2021 yang bertemakan Unleashing Creative Wonders.

Pertandingan ini mengetengahkan idea-idea serta kreativiti dalam pembikinan filem dan dalam kalangan penari muda berdasarkan kepada beberapa bidang utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam, Pengetahuan, dan Norma Baharu.

Tujuan penganjuran pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengangkat peranan serta fungsi filem dan tarian dengan lebih luas.


4 Objektif WAVE Awards 2021

1. Untuk mempromosikan bakat muda dengan mengeksperimenkan idea melalui produk mereka.
2. Untuk mendorong bakat muda menanam minat dalam menyampaikan pengetahuan secara kreatif.
3. Untuk mendidik orang ramai melalui produk kreatif yang dipamerkan.
4. Untuk memberi kesedaran dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk kehidupan norma baharu.

Acara ini terbuka kepada semua pelajar sama ada dari Universiti Awam (UA) mahupun Universiti Swasta, dan semua lapisan masyarakat. Penyertaan adalah percuma dan boleh dihantarkepada submissions.moewaveawards@gmail.com

FiTA berharapkan dengan perlanjutan tarikh tutup penyertaan itu akan memberikan lebih banyak peluang kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Hasil karya yang berjaya meraih perhatian dan memenangi pertandingan ini dapat dijadikan sebagai mekanisme alternatif dalam mempromosikan kepentingan norma baharu dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman sesawang WAVE Awards 2021 – www.waveawards.my , Instagram rasmi – waveawards_my dan Facebook – WAVE Awards Malaysia. - 7KLIK 

(KREDIT: Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA)

Post a Comment

0 Comments