Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SONAONE TAMPILKAN SINGLE DALAM TIGA BAHASA


WHOOSAH! Ini bukan silap mata; ini bukan fantasi. Ini adalah satu lagi lagu hebat SonaOne. Hari ini penyanyi rap serta penerbit yang sudah merangkul banyak anugerah ini memperkenalkan karya pertamanya di bawah naungan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA), sebuah lagu rancak dengan tiga bahasa berjudul, Bomba, dan ia tampil bersama video muzik arahan Denhouse Co.

Karya hasil nukilannya sendiri ini terus memperjuangkan kejayaan yang pernah beliau paparkan tahun lalu lewat album bertajuk DETAIL yang menampilkan kolaborasi bersama rakan seperjuangan, Alif sehingga berjaya meraih 10.8 juta putaran di Spotify sahaja, dan menjadikannya artis dengan putaran lagu keempat tertinggi di Malaysia untuk tahun 2019. 

Menampilkan perbezaan di antara penerbitan pop berkelas tinggi dan hasil hip-hop yang lebih unik, SonaOne sekali lagi mengukuhkan peringatan buat semua tentang mengapa beliau terus tersohor dalam arena hip-hop serantau. 

Sambil melaungkan bait-bait Bomba, “At least when I flex, it ain’t lies” – menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang diraihnya adalah kenytaan dan bukan khabar angin semata.



“Ia karya yang menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa; Ia memang saya”, kata SonaOne tentang lagu tersebut, sambil menekankan bahawa kekuatan lagunya adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa. 

Terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris yang kerap diucap dalam Bahasa Inggeris, Melayu serta Perancis yang disampaikan dengan selingan bernuansa pop, R&B dan bunyian rap. Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya.

Bomba merupakan keluaran pertama dari album SonaOne yang bakal muncul  berjudul Freestyle Play. Album itu menjanjikan pendengar halwa telinga berkualiti : “Dari sudut sonik atau bunyi saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan kala berada di studio semasa proses rakaman: Suatu situasi di mana dunia hanya terbatas dengan imaginasi”.

Bomba merupakan intaian ke era yang baru, langkah pertama ke aras seterusnya. Kini pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan suatu kebiasaan dalam dunia muzik. Namun SonaOne tidak pernah berpuas hati dalam berkarya. Bersedialah untuk satu dunia baru. Andai terhidu api lekas hubungi “Bom-Bomba”.

Bomba kini boleh didapati di semua platform digital.

Post a Comment

0 Comments