Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ISU PRODUK MAKANAN KESIHATAN FATTAH AMIN, WARNER MUSIC TAMPIL KENYATAAN RASMI


BERIKUT merupakan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Warner Music Malaysia berkenaan polemik isu produk makanan kesihatan yang pernah dipromosikan pelakon Fattah Amin sebelum ini.


KENYATAAN RASMI UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

[1 Oktober 2018] Pihak Universal Music Malaysia dengan ini memaklumkan kami sedang mendalami polemik yang melanda bintang di bawah naungan kami, Fattah Amin, berkaitan dakwaan pihak ketiga bahawa beliau tidak lagi aktif mempromosikan sebuah produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox, yang didaftarkan di bawah syarikat MRP International Sdn. Bhd.

Universal Music, bersama pihak peguam kami akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

"Saya terkejut dengan tuduhan ini," kata Fattah. "Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak Universal Music Malaysia.”

Pihak kami juga memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam. Sebarang keterangan lanjut akan kami maklumkan dalam kadar segera.

Terima kasih.


[KREDIT: Warner Music Malaysia]

Post a Comment

0 Comments