Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SYURA TERSINGKIR, LIZA HANIM, AISHAH, HAZAMI, TIA JINBARA, LAN SOLO, FIRMAN MARA KE KONSERT AKHIR GV4


PENYANYI Syura gagal melayakkan diri ke Konsert Akhir Gegar Vaganza  4 setelah menjadi peserta terakhir yang disingkirkan dalam persaingan sengit konsert separuh akhir GV4  sebentar tadi.

Penyingkiran ini sekaligus memberi laluan kepada enam lagi peserta lain iaitu Liza Hanim, Aishah, Hazami, Tia Jinbara, Lan Kristal dan Firman untuk bergelar finalis GV4 yang bakal berlangsung di Johor Bahru, Ahad ini.




Pada minggu ini, para peserta diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selain juri jemputan iaitu Datuk Wah Idris dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Untuk konsert akhir nanti, setiap finalis akan menyanyikan dua buah lagu yang terdiri daripada sebuah lagu solo dan sebuah lagi lagu battle sesama mereka.




Tahniah dan selamat berjaya untuk semua finalis GV4.

Post a Comment

0 Comments