Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mun Yee ambil masa 10 tahun untuk genggam ijazah


TAHNIAH buat si cantik, ratu terjun negara, Leong Mun Yee yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan diraikan dalam majlis konvokesyen universiti tersebut semalam.




Lebih manis, Mun Yee turut diberi penghormatan sebagai wakil pelajar bagi menyampaikan ucapan di majlis yang cukup bermakna buat dirinya dan rakan-rakan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Tidak seperti orang lain, Mun Yee telah mengambil masa selama 10 tahun untuk menyudahkan pengajiannya yang sering tertangguh kerana perlu mendahulukan komitmennya kepada sukan negara.




Namun, berkat kesabaran dan semangat juang tinggi yang dimiliki, Mun Yee akhirnya berjaya menyempurnakan pengajiannya pada tahun ini.

Majlis ini turut menyaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bagi menyempurnakan sidang pertama istiadat konvokesyen universiti berkenaan hari ini.




Sekali lagi tahniah buat Mun Yee dan semoga kejayaan atlet terjun negara ini mampu menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang tidak pernah berputus ada dalam mengejar mimpi mereka.

Post a Comment

0 Comments