Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kes bunuh Sosilawati: 3 kekal hukuman mati, seorang bebas


SELEPAS tujuh tahun kes pembunuhan jutawan kosmatik, Datuk Sosilawati Lawiya, Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap tiga tertuduh iaitu bekas peguam N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan.

Sementara seorang lagi tertuduh, R. Matan telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut kerana tiada bukti mencukupi untuk mensabitkan dirinya terlibat dalam pembunuhan kejam pada tahun 2010 itu. 

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka.

Keempat-empat tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 23 Mei 2013, mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas disabitkan bersalah membunuh Sosilawati dan rakan-rakan.

Pada 4 Disember 2016 pula, kesemua tertuduh kalah dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments