Lincoln Rock – Destinasi Tersembunyi di Australia Bikin Ramai Terpesona

Jennie pernah berada di Lincoln Rock dan merakamkan momen indah di sini

Oleh: SORAYA AFNAN
BAYANGKAN duduk di atas tebing batu Lincoln Rock, ditiup angin segar sambil memandang laut biru kehijauan yang terbentang luas di bawah.

Inilah pengalaman ikonik yang ditawarkan oleh Lincoln Rock, salah satu permata tersembunyi di sepanjang Great Ocean Road, Victoria, Australia.

Spot ini terkenal dengan panorama dramatis dari atas cliff, sempurna untuk sesi fotografi, tetapi pengunjung disarankan sentiasa berhati-hati dan duduk dengan selamat demi keselamatan sambil menikmati keindahan alam yang memukau.

Terletak berhampiran dengan Loch Ard Gorge, Lincoln Rock mudah diakses dari bandar kecil Port Campbell. Dari Melbourne, perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam memandu melalui jalan pesisir yang menakjubkan.

Laluan ke Lincoln Rock berbatu dan pendek, sesuai untuk trekking ringan. Kebanyakan pengunjung boleh sampai tanpa masalah, asalkan memakai kasut selesa dan bersedia sedikit stamina.

Waktu matahari terbit dan terbenam adalah pilihan terbaik, kerana cahaya semula jadi memantulkan warna batu dan laut dengan panorama paling dramatik.

Lincoln Rock bukan sekadar batu besar di tepi laut, ia adalah spot fotografi yang memukau. Batu yang berdiri teguh dihempas ombak mencipta siluet dramatik yang memikat, sementara air laut yang memantul memberikan kesan visual menakjubkan.

Dari atas tebing, pengunjung dapat melihat formasi batu dan laut terbentang luas; dari bawah pula, refleksi air menambah kedalaman pada setiap foto.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati bunyi ombak yang menenangkan, angin laut segar, dan habitat burung tempatan, menjadikan pengalaman lawatan lebih hidup.

Trekking ringan di sepanjang tebing batu bukan sahaja menyeronokkan, tetapi membuka peluang untuk melihat sudut-sudut pemandangan yang berbeza, menjadikan setiap langkah pengalaman baharu yang unik.

Tips dan Persediaan

  • Pakai kasut trekking ringan atau sneakers dengan grip yang baik kerana laluan berbatu dan kadang-kala licin.
  • Pakaian kasual yang selesa sesuai untuk laluan berbatu dan angin laut yang kuat.
  • Bawa kamera atau tripod untuk ambil gambar panorama atau slow shutter effect.
  • Sentiasa duduk dengan selamat bila dekat tebing curam; jangan terlalu dekat edge.
  • Elakkan waktu peak hours untuk nikmati privasi dan ketenangan sepenuhnya.

Lincoln Rock kini semakin trending kerana kombinasi keindahan alam, ketenangan, spot foto eksklusif, dan akses yang mudah menjadikannya 'hidden gem' yang sesuai untuk pengembara semua peringkat umur.

Tempat ini turut menarik perhatian peminat global apabila Jennie BLACKPINK pernah berkongsi gambar ketika berkunjung ke sini sebelum ini.

Keistimewaan Lincoln Rock tetap berdiri sendiri sebagai destinasi wajib bagi sesiapa yang melancong ke Victoria, Australia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments