| MadNor kongsi tip ‘Reward Diri’ dengan Shopee VIP untuk lebih penjimatan |
PENCIPTA kandungan tempatan, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai MadNor, yang sinonim dengan gaya penyampaian bersahaja dan penuh berjenaka, kini tampil berkongsi tentang perbelanjaan bijak bersama Shopee VIP sempena kempen Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP.
Sebagai duta jenama, MadNor membawa mesej yang dekat dengan realiti harian, khususnya buat generasi muda yang sering berdepan cabaran mengurus kewangan dalam dunia penuh godaan trend dan pembelian impulsif.
Dikenali sebagai figura ‘abang’ dalam kalangan Gen Z, MadNor sering menegur tabiat berbelanja secara spontan dengan pendekatan santai tetapi penuh makna. Gaya nasihatnya yang tidak menghakimi, sebaliknya diselitkan dengan humor, menjadikan mesej yang disampaikan mudah difahami dan dekat di hati golongan muda.
Tidak hairanlah ramai yang menjadikannya rujukan untuk tip praktikal dalam mengurus perbelanjaan harian, berdasarkan pandangan yang jujur dan relevan dengan situasi semasa.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, MadNor menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan lebih bijak melalui pelbagai manfaat Shopee VIP, termasuk Penghantaran Percuma Harian tanpa Perbelanjaan Minimum, akses awal kepada tawaran VIP sehingga 50 peratus (%) diskaun, serta baucar eksklusif bernilai lebih RM4,400.
Semua ini memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan nilai terbaik tanpa perlu berbelanja secara berlebihan.
Reward Diri, Tapi Dengan Cara Lebih Bijak
Dalam kandungannya, MadNor sering mengingatkan Gen Z supaya berbelanja mengikut kemampuan, terutamanya apabila berdepan trend viral seperti pembelian matcha dan blind box yang mudah mempengaruhi keputusan.
Baginya, menikmati hasil usaha sendiri bukanlah satu kesalahan, namun ia perlu dilakukan dengan kawalan dan pertimbangan yang bijak.
Pendekatan ini juga diamalkan dalam kehidupan seharian MadNor sendiri. Walaupun masih gemar membeli-belah, dia lebih cenderung untuk membuat keputusan secara lebih terkawal, memastikan setiap pembelian benar-benar berbaloi dan tidak didorong semata-mata oleh keinginan sesaat.
Baru-baru ini, MadNor berkongsi bagaimana dia mengurus pembelian untuk barangan yang diminatinya di Shopee.
“Kebelakangan ini saya minat jam tangan, sut dan Baju Melayu. Bagaimanapun saya tak terus beli, biasanya saya masukkan dulu dalam troli Shopee untuk fikir semula. Aib!
"Kadang-kadang kita mudah ikut kehendak hati, jadi cara ini bantu saya buat keputusan yang lebih bijak.
“Sekarang dengan Shopee VIP, saya tak perlu tunggu lama. Saya dapat akses awal ke tawaran eksklusif, boleh gabungkan baucar, dan nikmati penghantaran percuma tanpa had. Jadi saya yakin saya memang dapat nilai terbaik,” katanya.
“Shopee VIP memang berbaloi. Anda boleh cuba percuma selama sebulan, dan selepas itu melanggan pada hanya RM4.50 sebulan. Bagi saya, nilai sebenar terletak pada bagaimana ia bantu saya mengurus bajet dengan lebih baik.
"Sempena kempen 4.4 ini, saya boleh menikmati lebih banyak penghantaran percuma, akses awal kepada tawaran sehingga 50% diskaun, serta baucar bernilai lebih RM4,400. Jadi perbelanjaan harian pun terasa lebih terkawal. Jwanji Jimat!,” jelasnya.
Sebagai duta jenama Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP, MadNor melihat peranan ini sebagai satu peluang untuk terus berkongsi pendekatan perbelanjaan yang lebih praktikal melalui kandungan yang dekat dengan pengguna.
Usaha ini diteruskan menerusi sesi siaran langsung di Shopee Live pada 3 April dari jam 8 hingga 10 malam, 4 April (12 tengah hari hingga 2 petang), serta 15 April (12 tengah hari hingga 2 petang), di mana dia akan berkongsi lebih banyak tip berbelanja secara bijak menggunakan Shopee VIP.
Beli Lebih Bijak Sempena 4.4
Menjelang kempen Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP, pengguna kini boleh mendaftar Shopee VIP dengan percubaan percuma selama satu bulan, diikuti yuran langganan serendah RM4.50 sebulan untuk menikmati pelbagai manfaat eksklusif.
Selain penghantaran percuma harian tanpa perbelanjaan minimum dan akses awal kepada tawaran diskaun, ahli juga boleh memanfaatkan baucar VIP bernilai lebih RM4,400, sekali gus menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi.
Dalam masa sama, keahlian Shopee VIP turut membuka akses kepada pelbagai tawaran eksklusif daripada rakan kerjasama dalam kategori gaya hidup dan produktiviti seperti Trip.com, iQIYI, VIU, ClassPass, ChatGPT dan banyak lagi, menjadikannya lebih daripada sekadar platform membeli-belah.
Dengan pelbagai kelebihan ini, Shopee VIP dilihat sebagai satu langkah bijak untuk mereka yang ingin mengimbangi keperluan dan kehendak, tanpa perlu berbelanja secara berlebihan.
Lebih daripada sekadar kempen jualan, ia menjadi peluang untuk mengubah cara berbelanja ke arah yang lebih berhemah kerana pada akhirnya, penjimatan sebenar datang daripada keputusan yang bijak.
Langgan Shopee VIP hari ini dan mula membeli-belah sempena Shopee 4.4 Super VIP Sale untuk memaksimumkan penjimatan anda. Jwanji Jimat! Ketahui lebih lanjut di: https://shopee.com.my/m/4-4 - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments