Ernie Julang Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37


MALAM kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-37 (ABPBH37) mencipta detik yang cukup bermakna buat Ernie Zakri apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tempatan ketika ini.

Acara
berprestij yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada malam Jumaat itu menyaksikan Ernie mencatat kemenangan besar apabila berjaya meraih jumlah undian mencecah 124 juta, menewaskan empat pencabar lain dalam kategori paling dinantikan tersebut.

Kejayaan
itu bukan sekadar simbol populariti, malah mencerminkan sokongan luar biasa peminat terhadap perjalanan seninya selama ini

Kemenangan
berkenaan juga melayakkan Ernie membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi, selain turut menambah koleksi pencapaiannya apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular pada malam sama.

Pemilik
nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai antara hadiah paling berharga sepanjang karier seninya.

"Terima kasih kerana sudi mengundi saya. Jauh sekali saya terfikir untuk memenangi anugerah ini. Terima kasih, saya hargai setiap sokongan anda. Doakan saya dapat buat lebih baik pada masa hadapan,” katanya sebaik diumumkan sebagai pemenang.

Pada acara
sama kumpulan KRU turut mencipta momen tersendiri apabila memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, mengatasi saingan terdekat termasuk Dolla.

Kemenangan
itu membuktikan trio legenda berkenaan masih relevan dan terus mendapat tempat di hati peminat walaupun sudah lebih tiga dekad mewarnai industri hiburan tanah air.

Sementara
itu, kumpulan legenda Alleycats yang sinonim dengan lagu ikonik Sampaikan Salam Cintaku menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar mereka dalam dunia seni selama hampir lima dekad.

ABPBH37 yang
dihoskan oleh Raja Azura dan Shiha Zikir itu turut diserikan dengan persembahan daripada barisan artis popular termasuk Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Akim Ahmad, Mimi Fly, Aisha Retno, Amira Othman, Wani Kayrie dan beberapa lagi nama besar, sekali gus melengkapkan malam penuh gemilang buat industri hiburan tempatan - 7KLIK


SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH37

Kategori
Utama
 Bintang Paling Popular: Ernie Zakri
 
Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma
Artis Baharu Wanita Popular: Umairah
Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini
Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: KRU
Aktor Filem Popular: Fattah Amin
Aktres Filem Popular: Sweet Qismina
Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee
Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi
Aktor TV Popular: Zahiril Adzim
Aktres TV Popular: Emma Maembong
Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman
Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura
Penyampai Radio Popular: Haiza
Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan
Artis Komedi Popular: Joey Daud
 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Alleycats

Kategori Ekstra Tonton Paling Popular
Gandingan Serasi Drama Popular: Shukri Yahaya & Anna Jobling
Gandingan Serasi Filem Popular: Iedil Putra & Emma Maembong
Lagu Paling Boom Popular: Amir Masdi (Nurcinta)
Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin
Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar Ahyan


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات