Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Would You Marry Me? - Choi Wooshik & Jung Somin Janji Romcom Paling Sweet di Disney+ Hotstar


APA yang terjadi jika takdir hadir dengan peluang kedua untuk jatuh cinta? Itulah persoalan utama yang dibawa dalam Would You Marry Me?, sebuah drama romantik komedi terbaru yang bakal menemui penonton di Disney+ Hotstar pada 10 Oktober depan.

Drama ini mengisahkan Yoo Meri (lakonan Jung Somin), seorang pereka fesyen tempatan yang baru sahaja putus tunang.

Di tengah kesedihan, takdir mula berputar arah apabila dia terpilih sebagai pemenang loteri rumah mewah bernilai $5 juta khusus untuk pasangan pengantin baharu.

Namun untuk menuntut hadiah itu, dia perlu membuktikan dirinya adalah seorang pengantin baharu yang bahagia. Masalahnya, Meri sudah pun berpisah dengan tunangnya.

Untuk mengekalkan kelayakan hadiah idamannya, Meri nekad mencari seseorang yang boleh menyamar sebagai suaminya. Di sinilah hadir Kim Wooju (Choi Wooshik), pewaris generasi keempat kepada kedai roti tradisional paling lama di Korea.

Lebih menarik, Wooju kebetulan berkongsi nama yang sama dengan bekas tunang Meri, sekali gus menjadikan situasi mereka penuh kekeliruan, lucu, dan tentunya, potensi percintaan baharu.

Dari situlah bermula konspirasi romantik mereka, berpura-pura sebagai pasangan baharu berkahwin untuk meyakinkan pihak penganjur. Tetapi keadaan menjadi rumit apabila seorang penyiasat mula mengintip gerak-geri mereka untuk memastikan kesahihan 'perkahwinan' tersebut.

Dalam usaha mengekalkan perkahwinan palsu itu, Meri dan Wooju terperangkap dalam situasi lucu, tegang dan tentunya penuh debaran cinta yang tak dijangka.

Keserasian Dua Bintang Popular

Would You Marry Me? menampilkan gandingan serasi dua pelakon popular iaitu Choi Wooshik yang dikenali menerusi filem Parasite, serta Jung So Min daripada drama Love Next Door.

Kedua-duanya membawa watak penuh kontras di mana Wooju yang hidupnya terikat dengan perniagaan keluarga, dan Meri sedang cuba membina hidup baharu selepas patah hati.

Drama 12 episod ini diarahkan oleh Song HyunWook dan Hwang InHyeok, dengan naskhah ditulis oleh Lee Hana.



Sama ada anda peminat romcom klasik atau sekadar mencari hiburan manis untuk hujung minggu, drama ini menjanjikan kombinasi humor, emosi, dan percintaan yang buat penonton tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya.

Jangan lepaskan tayangan perdana Would You Marry Me? mulai 10 Oktober, eksklusif di Disney+ Hotstar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments