Hot Posts

6/recent/ticker-posts

That’s Showbiz Baby! - Jade Buktikan Solo Debut Penuh Vibes & Emosi


SUPERSTAR muzik global, Jade,secara rasmi melancarkan album solo debut yang dinanti-nantikan ramai, That's Showbiz Baby!.

Projek ini menampilkan kolaborasi dengan beberapa nama besar industri muzik termasuk Mike Sabath, Lostboy, Cirkut, RAYE dan Pablo Bowman, menjadikan setiap lagu penuh variasi dan gaya tersendiri.

That's Showbiz Baby! mengandungi beberapa single yang telah dirilis sebelum ini seperti Fantasy, Midnight Cowboy, IT girl, FUFN, dan Plastic Box, selain daripada Angel Of My Dreams, single yang melonjakkan nama Jade sebagai artis solo dan memikat perhatian peminat di seluruh dunia.

Dilancarkan pada pertengahan tahun lalu, Angel Of My Dreams segera mencuri tumpuan dengan bunyi yang unik dan visual yang berkonsep dramatik serta hyper-stylized, diarahkan oleh Aube Perrie. Sehingga kini, lagu itu telah meraih lebih 100 juta streams dan menduduki Top 10 UK Official Singles Chart, menjadi kemasukan baru tertinggi ketiga bagi seorang artis British pada tahun lalu.

Kejayaan luar biasa ini membawa Jade ke pentas BRIT Awards 2025, di mana dia memenangi kategori ‘Pop Act’, menjadikannya bekas ahli kumpulan wanita pertama yang menerima anugerah solo, sambil mempersembahkan penampilan malam itu yang paling menonjol dengan live rendition Angel Of My Dreams.

Eksplorasi Muzik

Selain daripada single hit itu, album ini juga menampilkan trek yang tidak kurang hebatnya. Ada Unconditional dengan vibe electro-pop yang sensual, Self Saboteur yang bernafas 'confessional' dengan bass yang memukau, Natural At Disaster yang menghentak dengan 'truth bomb' liriknya, dan Silent Disco yang puitis serta ethereal, menambah lapisan emosi yang berbeza kepada album.

Menurut Jade, setiap lagu dalam That's Showbiz Baby! membawa kisah dan pengalaman peribadi yang telah dikumpul selama beberapa tahun. Daripada eksplorasi muzik yang berani hingga emosi yang tulus, album ini bukan sekadar debut solo, tetapi juga cerminan perjalanan kreatifnya yang penuh dedikasi.

"Album ini telah dibina selama beberapa tahun, jadi saya sangat teruja akhirnya ia keluar. Saya berasa bangga dengan ‘That's Showbiz Baby!’ sebagai satu karya lengkap dan tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia.

"Untuk dapat mempersembahkan album ini secara live kelak adalah impian yang menjadi nyata. Jumpa semua di tour!," ujarnya.

Pada Oktober ini, Jade akan memulakan siri jelajah solo pertamanya di UK dan Ireland, That's Showbiz Baby! – The Tour, dengan destinasi termasuk Dublin, Belfast, Brighton, Manchester, Glasgow, Leeds, Bournemouth, Birmingham, Newcastle, dan London (Roundhouse).


Dalam tempoh hanya lebih setahun, penyanyi ini telah meraih 215 juta streams untuk muzik solonya. Tahun ini juga, dia tampil dengan persembahan memukau di festival besar termasuk Glastonbury, Radio 1’s Big Weekend, All Points East, Mighty Hoopla, TRNSMT dan Montreux Jazz Festival di Switzerland.

Tambahan pula, Jade baru-baru ini dicalonkan untuk Ivor Novello Award kategori Best Contemporary Song bagi lagu Angel Of My Dreams, serta mempersembahkan konsert khas bersama orkestra penuh di BBC Proms Newcastle, sambil menjadi artis sokongan untuk Chappell Roan di Edinburgh.

Jade menutup tahun 2024 dengan memenangi Trailblazer Award di The Rolling Stone UK Awards dan muncul di muka depan majalah tersebut. Lagunya juga tersenarai dalam banyak senarai 'Best Of' akhir tahun.

Angel Of My Dreams diiktiraf sebagai lagu nombor satu tahun 2024 oleh DIY Magazine dan tersenarai dalam Top 10 oleh The Guardian, DORK, Clash, dan NME. Video muziknya pula dipilih sebagai Video of the Year oleh Dazed.

Dengan album solo debut ini, Jade jelas sekali membuktikan bahawa perjalanan muziknya bukan sekadar fenomena sementara, tetapi sebuah karya yang matang, berani, dan layak mendapat perhatian global. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات