Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Henry Moodie lancar 'Comedown', konsert sulung di KL menanti Julai ini


PENYANYI pop sensasi yang semakin mencuri perhatian global, Henry Moodie, kini kembali dengan single terbaharunya berjudul Comedown, yang telah pun dilancarkan menerusi Robots & Humans (UK) dan Columbia Records (US).

Comedown membawa gabungan muzik pop yang energetik tetapi introspektif, menggambarkan kegembiraan ketika jatuh cinta, tetapi disulami kegusaran bahawa kebahagiaan itu mungkin tidak berkekalan.

Dengan susunan muzik organik dan melodi emosional, Moodie menyentuh tentang kerentanan hati saat membuka ruang kepada cinta. Dikenali dengan lirik yang tulus dan vokal yang menyentuh perasaan, Henry sekali lagi menghadirkan lagu yang menggambarkan keindahan cinta serta ketakutan yang hadir di sebaliknya.

Musim panas 2025 bakal menjadi lebih bermakna buat para peminat di Asia apabila Henry Moodie mengumumkan konsert jelajah Asia pertamanya.

Menariknya, Kuala Lumpur akan menjadi lokasi pembuka konsert tersebut pada 16 Julai sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok (18 Julai), Seoul (23 Julai), Taipei (25 Julai), Hong Kong (28 Julai), dan Tokyo (30 Julai).

Tiket ke konsert sulung Henry Moodie di Kuala Lumpur kini mula dijual dengan harga bermula RM268 dan boleh dibeli di platform rasmi GoLive Asia.


Selepas jelajah Asia, Henry Moodie akan kembali ke UK dan Eropah sebagai artis sokongan utama bagi konsert jelajah The Art of Being a Mess bersama Lauren Spencer Smith, termasuk persembahan berskala besar di Eventim Apollo, London.

Pencapaian global

Baru berusia 21 tahun, Henry Moodie telah mencatatkan lebih 800 juta jumlah strim di seluruh dunia, menduduki senarai Top 10 artis UK paling banyak ditonton di TikTok (2022 & 2024), dan turut dinamakan sebagai salah seorang Artists To Watch 2023 oleh Amazon Music, serta Rolling Stone's Artists to Watch 2025.

Menerusi EP pertamanya, In All Of My Lonely Nights yang dirilis pada musim sejuk 2023, Henry mencipta impak besar dengan lagu-lagu seperti You Were There For Me, Drunk Text dan Pick Up The Phone yang meraih 350 ribu strim dalam sehari.

EP keduanya, Good Old Days, yang dilancarkan lewat 2024 turut diraikan menerusi siri jelajah Good Old Days Tour di UK dan Eropah, termasuk konsert besar di London’s Roundhouse.

Henry Moodie juga sedang dalam rangka jelajah Eropah sebagai artis pembuka tirai untuk Dean Lewis di beberapa kota popular dunia seperti Dublin (Ireland), Paris (Perancis), Madrid (Sepanyol), Brussels (Belgium), Amsterdam (Belanda), Hamburg (Jerman), Stockholm (Sweden), Zurich (Switzerland), London (United Kingdom) dan banyak lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments