DURIAN dalam roti? Ya, anda tidak salah dengar. Sunshine Bakeries baru saja melancarkan Roti Berkrim Durian Musang King, menampilkan kombinasi unik antara roti lembut dengan krim durian Musang King sebenar. Edisi terhad ini ditawarkan bermula 15 Mei 2025 dan hanya tersedia untuk masa yang terhad.
Dikenali sebagai 'raja buah' Malaysia, durian Musang King cukup popular dengan isi berwarna emas, rasa manis berkrim dan aroma yang menggoda.
Justeru dalam roti ini, Sunshine menggabungkan keistimewaan tersebut bersama roti lembut untuk mencipta pengalaman baharu yang pasti menarik perhatian peminat durian.
Sebelum ini, Sunshine sempat mengusik peminat dengan teaser edisi ini sempena hari 'April Fool' dan ternyata sambutan luar biasa membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang serius dalam hal durian. Daripada gurauan menjadi kenyataan, Roti Berkrim Durian Musang King kini boleh dinikmati oleh semua.
Menampilkan pembungkusan mesra gaya hidup moden, produk ini sesuai untuk dinikmati bila-bila masa. Daripada sarapan, snek tengah hari atau pencuci mulut hujung minggu.
Selain rasa autentik durian, roti ini turut membawa misi Sunshine untuk mencipta detik bahagia dan kebersamaan melalui makanan.
Buat masa ini, produk hanya ditawarkan di pasar raya dan kedai terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments