Oleh: SORAYA AFNAN
BERSIAP sedia untuk melangkah ke dalam dunia di mana imaginasi dan realiti bertemu. D Adventurous Project menampilkan pameran seni imersif pertama di Pulau Pinang, yang telah dibuka bermula 10 Mei hinhha 29 Jun di 1st Avenue Mall.
Pengalaman revolusi ini berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.45 malam di Dewan Acara Tingkat 2.
Acara ini mengundang pengunjung dari semua peringkat usia untuk memulakan perjalanan memukau melalui 14 zon seni unik di mana setiap satu direka untuk membangkitkan deria dan menginspirasi rasa kagum.
Menurut Pengasas D Project, Lee, pihaknya teruja untuk membawa pengalaman imersif yang unik itu ke Pulau Pinang.
“Matlamat kami adalah untuk membawa pengunjung ke dunia baharu dan merangsang kreativiti mereka melalui gabungan seni dan teknologi yang sempurna.
“Kami telah curahkan sepenuh jiwa dan usaha dalam setiap butiran pameran ini. Ia bukan sekadar tentang visual, tetapi tentang bagaimana orang merasai pengalaman ini apabila mereka berinteraksi dengan ruang, cerita, dan antara satu sama lain,” katanya.
Bahagian zon pameran
Pameran imersif ini menggabungkan teknologi inovatif, pengalaman interaktif, dan visual yang memukau, membawa hidup beberapa zon seni yang menakjubkan.
• D S.T.A.T.I.O.N
Ambil selfie, muat naik di sini, dan saksikan buku cerita AI anda hidup. Dikelilingi ombak laut yang bergerak, di sinilah pengembaraan anda bermula.
• The Luminescent Journey
Ikan ubur-ubur kinetik yang terapung di atas kepala dan pemasangan siling yang beralun meniru irama laut, mencipta suasana menenangkan.
• The Enchanted Tree of Wishes
Pokok bercahaya berdiri megah, dikelilingi kerlipan lampu dan cahaya mempesona.
• Whimsical Adventure
Temui haiwan AR interaktif yang dihiasi dengan corak Batik, Peranakan dan Nyonya yang memukau.
• Illusionary Haven
Terpesona dengan haiwan inspirasi Peranakan dalam dunia visual cerah dan grafik gerakan yang memukau.
• The Wonder Box
Taman permainan imaginasi tanpa sempadan. Warna berubah, bentuk bergerak, dan realiti melengkung di depan mata.
• The Pendulum’s Dance
Cahaya berayun, mendedahkan keseimbangan antara pergerakan dan ketenangan.
• My Little World
Ruang penuh keseronokan dan kejutan interaktif untuk kanak-kanak dan sesiapa yang masih berjiwa kanak-kanak.
• Touch of Dawn
Ruang puitis di mana cahaya berinteraksi dengan kehadiran anda — kisah tentang masa, kepercayaan, dan penemuan diri.
• Rainbow Dreamscape
Sebuah tangga yang dihiasi bunga-bunga mekar berwarna-warni, mencipta suasana seperti dalam mimpi.
• Garden of Eden
Dunia di mana warna-warna cerah berkilau dengan cahaya etereal dan setiap langkah membuka keajaiban luar biasa.
• Whimsical Galaxy
Sebuah pusat bulan yang bercahaya dan grafik gerakan galaksi yang menakjubkan mencipta pengalaman luar biasa.
Pengunjung boleh menikmati pilihan tiket fleksibel untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan dan boleh dibeli melalui laman web Klook.
• RM38 (Kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
• RM48 (Dewasa Warganegara)
• RM68 (Dewasa Bukan Warganegara)
• RM148 (Pakej Keluarga – 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
Selain pameran utama, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih bermakna.
• D Adventurous Lab – Bengkel Kreatif
Setiap hujung minggu, alami bengkel interaktif untuk semua peringkat umur. Peluang meneroka seni & teknologi secara hands-on.
• D Adventurous Journal – Buku cerita AI peribadi
Bawa pulang kenangan dalam bentuk buku cerita eksklusif edisi terhad, di mana versi AI anda menjadi watak utama pengembaraan.
• D Adventurous Café @ PACIFIC
Nikmati pencuci mulut & pastri berinspirasikan zon pameran, berkolaborasi dengan PACIFIC COFFEE. Setiap suapan direka untuk sesedap mata dan mulut.
• D Marketplace – Terbuka untuk semua
Setiap Sabtu & Ahad, D Marketplace mengetengahkan hasil kraf tempatan di sebelah ruang pameran utama. Masuk adalah percuma.
Pameran seni imersif pertama di Pulau Pinang ini menjanjikan pengalaman menyeluruh yang merangsang pelbagai deria, sesuai untuk seisi keluarga, pencinta seni, dan pencari pengalaman.
Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke dunia keajaiban di 1st Avenue Mall dari 10 Mei hingg 29 Jun 2025. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman rasmi: https://d-project.art/adventurous . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات