Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dua dokumentari RTM menang di Anugerah Media Agrobank 2023-2024


DUA program televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperoleh kejayaan berganda apabila dipilih sebagai pemenang tempat pertama dan kedua bagi Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Dokumentari Terbaik) di Anugerah Media Agrobank 2023-2024.

Program Agrotek berjudul Kemahuan Tonggak Kejayaan yang dihasilkan oleh Penerbit Azry Ahmad Mustafa Hadi dari Unit Majalah dan Dokumentari TV, RTM Angkasapuri dipilih sebagai juara dalam kategori tersebut.

Sementara itu, Program Rona Sabah dengan judul Surupu Mutanom Punti daripada penerbit Alya Alvian Washif (Seksyen TV, RTM Sabah) pula dipilih sebagai naib juara.

Program Agrotek yang bersiaran menerusi saluran TV1 itu menceritakan tentang kisah kejayaan seorang bekas gelandangan yang berjaya keluar daripada kesusahan apabila menjalankan keusahawanan agro ikan pekasam di Taiping, Perak.

Selain itu juga turut mengungkap kejayaan sekumpulan bekas pengguna dadah mengusahakan cili fertigasi sebagai kaedah Pemulihan Dan Rawatan (Agro Rehabilitation) daripada ketagihan dadah di Jasin, Melaka.

Program Rona Sabah pula berkongsi kisah tentang rezeki dan aspirasi kejayaan dicapai oleh pengusaha pisang di Sabah.

Muat turun RTMKLik sekarang dan tontoni kedua-dua program yang telah memenangi anugerah ini pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

[FOTO: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments