Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aura tersendiri, debut Jennie di pentas runway jadi bualan hangat


Oleh: AILEEN ADAM
JIKA selama ini bintang K-Pop sensasi, Jennie Kim hanya duduk di kerusi penonton menyaksikan pelbagai koleksi fesyen diperagakan di depan matanya, hari ini dia mencipta momen berbeza.

Anggota kumpulan Blacpink itu buat pertama kalinya tampil di pentas runway untuk pertunjukan fesyen La Casa dan ulang tahun ke-15 jenama Jacquemus yang diadakan di Capri, Itali pada Isnin.

Tampil elegan menggayakan dress hitam panjang yang mendedahkan bahagian belakang dengan tren 'side-boob', dilengkapkan sanggul rendah yang diikat kemas beserta padanan cluth biru mengisi gaya, Jennie berjalan dengan penuh keyakinan bak model sebenar.

Sebagai wajah atau duta yang mewakili jenama asal Perancis itu, Jennie diberi perhormatan sebagai model penutup untuk acara tersebut.

Aksi serta penampilan bintang berusia 28 tahun itu pantas menjadi sorotan dan bualan hangat di media sosial. Rata-ratanya memuji keberanian Jennie untuk berjalan di pentas runway dan mencuba sesuatu yang baharu.

Tidak kurang bicara tentang mode seksi mendebarkan ditampilkan bintang tersohor yang turut dikenali dengan nama Jennie Ruby Jane menerusi persalinan itu, sekali gus menyerlahkan sisi provokatif dirinya.


Meski pada awal ada peminatnya yang bimbang melihat langkah Jennie mendaki dan menuruni deretan panjang anak tangga yang tinggi disebabkan trauma terjatuh dan cedera di tangga pada pentas konsert jelajah dunia Born Pink yang lalu, pelantun lagu Solo itu terlihat begitu profesional serta tenang mengatasi rasa gemuruh dan berjaya menyelesaikan perjalanannya dengan sempurna.

Tidak hanya itu, acara tersebut juga merakam momen manis buat Jennie dan sahabat baiknya, model terkenal Shin Hyun Ji yang turut tampil memperagakan fesyen di pentas acara sama.

Paling mencuri perhatian ketika mereka berselisih melintasi pentas runway tatkala membuat peragaan, Hyun Ji sempat memegang tangan Jennie untuk beberapa saat sebagai isyarat sokongan atau mungkin menenangkan perasaan gemuruh sahabatnya yang pertama kali beraksi.

Menariknya momen itu sempat disorot kamera yang jelas memperlihatkan reaksi kedua-duanya yang cuba menahan senyum dan fokus kepada tugasan.

Sementara itu citarasa hebat Jennie dalam berfesyen sentiasa menjadi sorotan dan ikutan ramai. Apa sahaja yang digayakan oleh bintang sensasi itu pasti menjadi tular dan trend dalam dunia fesyen. Tidak hairanlah dia kini salah satu ikon fesyen atau 'IT girl'. 

Dalam perkembangan lain, Jennie yang juga pemilik agensi Odd Atelier kini sedang sibuk dengan pembikinan album sulungnya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. Malah dalam masa sama, dia juga aktif dengan pelbagai aktiviti melibatkan kempen beberapa jenama yang diwakilinya termasuk koleksi terbaharu Adidas. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:



Post a Comment

0 Comments