Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie terus menyala! Kolaborasi bersama Zico menerusi single Spot! raih sambutan luar biasa


Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG sensasi Jennie Blackpink terus 'menyala' apabila tampil dengan kolaborasi terbaharu bersama rapper terkenal Korea Selatan, Zico.

Single genre hip hop berjudul Spot! yang merupakan hasil ciptaan Zico sepenuhnya itu mencuri perhatian ramai sebaik sahaja dilancarkan pada 26 April lalu sehingga trending di media sosial.

Malah jumlah tontonan muzik video (MV) rasmi lagu tersebut yang dimuat naik di saluran YouTube Hybe Labels juga meroket melebihi 20 juta hanya dalam tempoh dua jam. Sehingga artikel ini ditulis, MV Spot! telah meraih jumlah tontonan melebih 14 juta.

Jennie, 28, ternyata tahu apa yang dilakukan dengan memilih karya-karya berkualiti untuk dikongsikan bersama peminat. Meski hanya tampil berkolaborasi menerusi single Zico, idol K-Pop yang mempunyai peminat besar di peringkat global itu tetap memberikan yang terbaik dan bukan hanya bergantung kepada populariti dimiliki semata-mata.

Malah Zico dalam satu kenyataan turut mengakui betapa Jennie memberikan komitmen sepenuhnya kepada projek tersebut dengan mengambil kira setiap aspek secara terperincil, demi memastikan lagu tersebut memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.

"Saya kira diri sendiri sudah cukup cerewet tentang semua aspek pembikinan lagu ini, tetapi rupa-rupanya dia (Jennie) juga seorang yang perfectionist.

"Saya teruja dan gembira dengan kerjasama ini, malah berpuas hati dengan apa yang kami hasilkan ini," ujar rapper berusia 31 tahun itu mengenai Jennie.



MV Sport! dengan durasi 3 minit 13 saat itu dihasilkan dengan begitu menarik dan 'fresh' dengan aksi-aksi yang yang turut menampilkan keserasian antara Jennie dan Zico. Sinergi antara kedua-dua bintang itu turut membuat peminat teruja.

Lebih istimewa, Jennie dan Zico juga mengajak para peminat mereka untuk melakukan 'challenge' tarian Spot! di media sosial. Ternyata pelawaan itu mendapat sambutan hangat apabila masing-masing tampil memuat naik cabaran tersebut untuk dikongsi bersama.

Biarpun baru beberapa hari dilancarkan, Spot! kini menduduki tangga teratas beberapa carta muzik popular Korea Selatan, selain urut mencuri perhatian peringkat global. Bukan main-main impak yang diperoleh menerusi karya ini.

Tidak dinafikan juga, ramai peminat yang teruja kerana merindui penampilan Jennie sebagai 'main rapper' Blackpink dan sememangnya cukup senonim dengan kehebatannya melakukan rap. 

Spot! merupakan single terbaharu Zico sempena 10 tahun debut solonya, selain 'comeback' rasminya setelah lebih setahun tidak tampil dengan sebarang karya baharu. Terdahulu Zico merilis mini albumnya yang berjudul Grown Ass Kid pada Julai 2022.

Sementara Jennie pula sebelum ini turut tampil dengan single kolaborasi bersama Matt Champion berjudul Slow Motion, pada Mac lalu. Dalam masa sama, bintang yang kini menguruskan kerjaya solo menerusi agensi miliknya sendiri, Odd Atelier itu dalam proses menyiapkan projek album solo yang akan diumumkan kelak.  - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments