Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ulike umum pelancaran rasmi Peranti IPL Air10 di Malaysia


JENAMA peranti penyingkir bulu di rumah nombor satu dunia 2022, Ulike tampil memperkenalkan peranti IPL pertamanya yang dilengkapi fungsi dwi lampu dan mod SHR, Ulike Air10.

Menerusi penggunaan Peranti IPL Air10 secara konsisten, pengguna boleh melihat hasilnya seawal dua minggu dan menikmati kulit licin yang tahan lama. Ia adalah hasil daripada mod Dual Lights yang mempunyai dua kali ganda sumber cahaya untuk rawatan lebih pantas, berkesan, serta 18 peritus (%) lebih luas kawasan rawatan.

Sementara mod SHR yang diinspirasikan daripada salun telah menetapkan tanda aras baharu dalam industri dengan jumlah keluaran tenaga 26J yang mengagumkan bagi setiap pancaran empat getaran dia mana ia mampu menyingkirkan bulu yang paling degil.

Ulike Air10 dilengkapi dengan teknologi Next-Gen Ice Cooling yang memberikan sensasi sejuk dan selesa kepada pengguna.

Teknologi itu adalah hasil penyelidikan mengenai IPL selama lebih 10 tahun, memperlihatkan sistem penyejukan utama Ulike mengekalkan suhu sentuhan 65°F yang sejuk untuk sesi seluruh badan walaupun selepas 30 minit.

Langkah tersebut berupaya melindungi kulit pengguna, mengelakkan kelecuran di samping menikmati sensasi segar selepas setiap rawatan.

Teknologi SkinSensor Ulike Air10 juga membolehkan pengguna menikmati lebih ketenangan fikiran apabila menggunakan peranti tersebut. Teknologi perlindungan kulit Ulike yang serba baharu itu mampu mengenal pasti warna kulit dengan tepat dan melaraskan kuasa rawatan secara automatik.

Ia juga berhenti berkelip jika kawasan rawatan yang diingini adalah terlalu gelap untuk penggunaan yang selamat, agar pengguna sentiasa bebas daripada kebimbangan dan bebas bulu dengan penggunaan yang konsisten.


Peranti penyingkir bulu revolusioner itu didatangkan dalam empat mod kuasa untuk menyingkirkan bulu daripada kepala hingga ke kaki, iaitu mod pantas, normal, tinggi dan SHR.

Menerusi penggunaan Air10 secara konsisten, pengguna boleh menikmati hingga 73.33% pengurangan bulu, 82.38% purata pengurangan panjang bulu dan hingga 96.52% pengurangan ketumpatan bulu.

Peminat kecantikan berpeluang untuk mendapatkan Air10 pada harga menarik melalui jualan eksklusif Ulike 6.6. Tidak hanya itu, sebahagian daripada Jualan Mega Ulike 6.6 dan Jualan Hari Jenama Super, peminat boleh menikmati tawaran diskaun hingga 50% untuk produk Ulike.

Jadilah yang pertama memiliki peranti Air10 dengan membuat pembelian di laman rasmi Shopee dan Lazada Ulike serta berpeluang mendapatkan pengering rambut Dyson secara percuma selain beberapa hadiah menarik lain. - 7KLIK



[KREDITI FOTO: Ulike - Terima Kasih Shanice Lye]



Post a Comment

0 Comments