Shopee utamakan pengalaman membeli-belah lancar dengan Jaminan Tepat Waktu


SHOPEE Malaysia melancarkan program Jaminan Tepat Waktu pada Isnin untuk memperkasakan pembeli dengan jaminan pemenuhan pesanan oleh semua pembekal logistik Shopee, Shopee Supported Logistics (SSL).

Ia menguatkan komitmen program itu dengan baucar RM5 untuk semua penghantaran yang melebihi waktu penghantaran yang dijanjikan. Ini membolehkan pengguna aplikasi Shopee seluruh negara dengan jaminan mereka akan menerima bungkusan mereka dalam waktu dijanjikan dan disokong oleh praktis pemenuhan pesanan yang diwujudkan Shopee. 

Program Jaminan Tepat Waktu dibina atas komitmen teguh Shopee untuk membekalkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan selamat untuk pembeli bijak digital. Ia termasuk membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang pantas dan lebih fleksibel seperti Penghantaran Hari Esok (Next Day Delivery), Penghantaran Segera (Instant Delivery), dan peningkatan titik pengambilan sendiri (self-collection) Shopee.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Ming Kit Tan, berkata, pihaknya konsisten dalam mengimplementasikan praktis baharu untuk memenuhi keperluan pembeli dan penjual.

"Dengan peningkatan terhadap permintaan untuk pengalaman membeli-belah yang lancar, kami teruja untuk melancarkan program Jaminan Tepat Waktu.

"Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan pembeli dengan memastikan penghantaran tepat waktu, yang juga menekankan peranan penting kepercayaan terhadap praktis pemenuhan pesanan buat rakyat Malaysia,” ujarnya.
Program Jaminan Tepat Waktu itu mengetengahkan proses tuntutan yang mesra pengguna. Setiap waktu penghantaran yang dijangkakan akan dipaparkan di halaman butiran pesanan.

Jika penghantaran melebihi waktu dijangkakan, pembeli boleh menebus baucar RM5 pada halaman sama. Kaedah yang diselaraskan itu untuk memastikan kepuasan pembeli.

Rangkaian praktis pemenuhan pesanan Shopee yang teguh, termasuk rakan penghantaran dipercayai, memberi jaminan operasi program yang lancar. Rangkaian itu menawarkan pelbagai pilihan penghantaran untuk memenuhi kehendak individu, sementara mengekalkan jangka waktu pengantaran konsisten.

Dengan itu, Shopee memenuhi keutamaan pengguna untuk penghantaran tepat waktu lalu memperkuatkan keyakinan pembeli dan memacu aktiviti perniagaan berulang di platform.

Pengalaman Pengguna dan Penjual Postitif

Program Jaminan Tepat Waktu telah menjana maklum balas positif dari pengguna yang telah diberi peluang untuk menggunakannya semasa waktu sebelum pelancaran rasmi.

Seorang pengguna Shopee dari Selangor, Matthew, mengakui teruja dengan kepantasan penghantaran barangan yang dipesan.

“Saya kagum dengan tahap kepantasan pesanan saya diterima. Bungkusan dari Lembah Klang selalunya mengambil masa tiga hari, tetapi dengan Jaminan Tepat Waktu, saya menerimanya dalam masa dua hari. Seperti yang telah terpapar dalam jangka waktu pesanan diterima,” katanya.

Sementara itu, ahli Shopee Affiliate, Emankamel turut berkongsi pengalamannya terhadap penghantaran yang boleh dipercayai.

“Saya penuhi bekalan untuk studio baharu saya dengan banyak barang daripada Shopee. Saya membeli banyak barangan bersaiz kecil dan saya tidak perlu risau kerana barangan diterima dalam waktu yang dijanjikan oleh program Jaminan Tepat Waktu Shopee.

"Dengan ini, saya boleh membeli apa sahaja barangan dan ia pasti akan sampai dalam jangka masa yang pendek,” tegasnya.

Program itu bukan sahaja memanfaatkan pengguna, penjual Shopee juga mempunyai pengalaman positif dari program ini.

Pengasas Asikin Ahmad, Asikin Arifin pula yakin Program Jaminan Tepat Waktu itu merupakan inisiatif terbaik Shopee kerana ia membolehkan penjual untuk menyediakan pesanan tepat waktu.

"Ini memastikan terdapatnya waktu yang cukup untuk menghantar pesanan dalam jangka waktu dijanjikan. Seterusnya, pelanggan akan lebih yakin untuk membeli barangan kami melalui Shopee,” katanya. - 7KLIK 



[KREDIT FOTO: Shopee]

Post a Comment

Previous Post Next Post