Penyampai Suria, Chiwan akhiri zaman bujang


HANYA sekali lafaz, pelawak yang juga penyampai Suria FM, Chiwan selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Amira Ayuni Hashim, 27, pada Sabtu.

Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting, sekitar jam 6 petang.

Pada upacara penuh makna itu, Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, 38, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin.

Difahamkan, penyampai segmen Suria Petang itu mula berkenalan dengan Amira yang juga merupakan seorang pelakon ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: syasya-kini-bergelar-isteri
ARTIKEL LAIN: shakilla-khoriri-kembali-bergelar-isteri
ARTIKEL LAIN: pilih-ahli-perniagaan-atikah-suhaime

[KREDIT FOTO: Instagram Chiwan]

Post a Comment

Previous Post Next Post