Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Barisan selebriti popular berkampung di Kelantan, hangatkan program Viu Together Gather bersama lebih 100 usahawan


VIU Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, baru-baru ini telah menganjurkan program Viu Together Gather dengan mengumpulkan 23 selebriti popular tanah air bersama lebih 100 usahawan terkemuka di Kelantan.

Program anjuran bersama agensi Rich Colors Advertising Sdn Bhd itu merupakan usaha Viu Malaysia dalam memperkenalkan jenama Viu dan rangkaian kandungan program tempatan dan antarabangsa terbaik yang tersedia di Viu di Pantai Timur.

Dengan perubahan landskap pengiklanan di mana banyak jenama telah beralih ke platform digital dalam aspek promosi dan pemasaran, program ini juga sekali gus membuka peluang terutamanya kepada usahawan tempatan yang ingin berkolaborasi dan mengembangkan perniagaan mereka bersama Viu Malaysia.

Antara usahawan yang hadir malam tersebut adalah Venus Rose, Elegant Cosmetics, Ufora, BCF by Chefiza, Afini Beauty , Dalya Beauty, Demica, Maaez, Annems Leadership Solutions dan ramai lagi.

Pada masa sama, Viu Malaysia juga turut memperkenalkan barisan selebriti yang terlibat dalam tayangan drama di Viu.


Antaranya ialah pelakon utama bagi drama bersiri Viu Original iatu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Shahkimin (W: Two Worlds), Syafiq Kyle, Datin Seri Paduka Umie Aida, Syafi Tee dan penerbit Eirma Fatima (Terlanjur Cinta).

Diikuti Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don (From Saga With Love 2), Azira Shafinaz dan Aqasha (Nafsu), Nadiya Nisaa dan Sara Mack Lubis (The Secret) serta Mira Filzah dan Tracie Sinidol (Gadis Masa).

Tidak ketinggalan Alya Iman (Anggun Mikayla), Nabila Razali (Bawah Payung Awan), serta Hannah Delisha dan Redza Rosli (Di Hatiku Ada Kamu).

Kemeriahan acara yang dihoskan oleh Ifa Raziah itu turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan DeFam dan Nabila Razali yang tampil menghiburkan tetamu n penonton dengan lagu raya viral mereka, Alamak Raya Lagi dan Raya Mana - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN: tv3-kembali-semarakkan-raya-dengan

[FOTO: VIU Malaysia]

Post a Comment

0 Comments