Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri


PELAKON Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd Farizz, pada pagi Sabtu.

Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, mengesahkan berita tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

"Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran famili dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.

"Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya dan Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam famili kecil kami," tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Suri Hati itu turut berkongsi foto-foto istimewa pada majlis tersebut yang difahamkan berlangsung di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.


Berkongsi perasaannya, Shakilla berkata, tanggungjawabnya kini bertambah dan berharap perjalanan baharunya itu akan lebih baik buatnya dan keluarga.

"Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.

"Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ini," katanya.

Terdahulu Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali pada 2018, sebelum bercerai pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: pilih-ahli-perniagaan-atikah-suhaime
ARTIKEL LAIN: youtuber-popular-alana-kini-bergelar
ARTIKEL LAIN: tamatkan-zaman-bujang-syafie-naswip

[FOTO: Instagram Shakilla Khoriri]

Post a Comment

0 Comments