Mengenali ‘Mona’ di Hati Amir Hasan, RebelAsia


SEJAK awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminat muzik dan pendengar setianya secara umum.

Kini penyanyi berusia 28 tahun itu kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya, RebelAsia dengan sebuah single berjudul Mona.

Karya istimewa itu merupakan ciptaan Madebyartin, P4PI, dan RebelAsia, manakala lirik daripada P4PI bersama RebelAsia sendiri.

Menurut Amir, Mona merupakan sebuah lagu yang mewakili mimpi-mimpi serta impian yang ingin dikecapi.

"Mesej lau ini seolah-olah menyeru semua orang untuk tidak berputus asa walaupun hidup penuh dengan aneka dugaan dan cabaran.

"Ia juga satu pesanan untuk sentiasa kekal merendah diri dan berbangga dengan segala kejayaan yang pernah dicapai. Ia adalah mahakarya peribadi seseorang dalam kehidupan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai proses rakaman lagu tersebut, kata Amir, ia hanya mengambil sehari dan segalanya berjalan ngan lancar.

“Kami mengambil masa sehari untuk memikirkan melodi yang sesuai hinggalah tema yang ingin dilagukan dalam versi rap.

"Madebyartin berjaya menghasilkan rentak yang hebat lantas jadi saya dan RebelAsia hanya perlu mengisinya dengan kata-kata yang sesuai.

"Kami memasukkan bait lirik rap secara bebas atau ‘freestyle’ dan dari situ semuanya terhasil dengan sendiri,” jelasnya.


Berbekalkan rentak muzik yang hebat serta alunan rap mengasyikkan, Mona dijangka bakal mencuri perhatian peminat muzik progresif Malaysia.

“Saya harap semua orang akan dapat menikmati karya ini sebagaimana kami telah menikmati proses menghasilkannya,” tambahnya lagi.

Mona kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  - 7KLIK



[FOTO: Sony Music Malaysia]

Post a Comment

Previous Post Next Post