Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nadeera letak harapan pada Udara, atur kembali langkah baharu



TIDAK mahu menoleh ke belakang lagi, bintang sedang meningkat naik, Nadeera semakin yakin mengatur langkahnya mengemudi kerjaya seni ke landasan diingini.

Selepas muncul dengan single Balik Raya bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila baru-baru ini, penyanyi yang bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment itu kembali tampil dengan karya solo berjudul Udara.

Menurut Nadeera, lagu hasil ciptaan Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K itu cukup memberi makna dan mempunyai auranya tersendiri.

Lebih mengujakan apabila ia juga terpilih sebagai lagu runut bunyi bagi drama bersiri berjudul Framed yang akan disiarkan tidak lama lagi. 

“Jalan cerita single Udara mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri Framed.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan sebaiknya, dan  semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya,” katanya teruja.


Lagu Udara boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia juga boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Sementara lirik video lagu ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.  - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN: mereka-benar-benar-percaya-dengan
ARTIKEL LAIN: versi-gelap-cinta-yang-paling-sempurna
ARTIKEL LAIN: lagi-lagu-raya-baharu-meriahkan

Post a Comment

0 Comments