Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dokumentari Dia, kongsi biografi menarik tokoh-tokoh inspirasi


DINAMIKA gabungan lima penerbit berpengalaman daripada Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) menerbitkan 13 dokumentari biografi terbaharu bertajuk Dia.

Dokumentari eksklusif itu mula bersiaran sejak 6 Mei lalu, pada setiap Isnin, 10 malam menerusi saluran Okey dan RTMKlik.   

Pengisian Dia menelusuri susur galur, perjuangan dan asam garam kehidupan tokoh-tokoh ternama, personaliti viral yang membawa impak positif, ahli sukan dan insan seni kreatif kepada orang ramai.

Episod pengenalan mengangkat kisah yang dilalui wanita cekal bernama Masyitah Mohd Afandy yang buta selepas kemalangan jalan raya. Episod itu akan memaparkan perkongsian daya juangnya dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang sangat wajar dicontohi dan diteladani penonton.

Episod-episod seterusnya turut diwarnai dengan kisah daripada Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Datuk Baharuddin Abu Kassim, Datuk Aripin Said, Zaiton Sameon, dan Datuk Marina Chin.

Dokumentari Dia adalah hasil sentuhan pasukan penerbitan berpengalaman, sekali gus menampilkan sebuah program terbaik dengan sorotan menarik.

Jika anda terlepas menyaksikan program ini di saluran Okey, ia turut boleh ditonton di RTMKLIK. - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments