Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TV3 kembali semarakkan Raya dengan pelbagai program menarik


SETIAP kali tiba musim lebaran, TV3 terus menyajikan program-program hiburan menarik untuk penonton sepanjang bulan Syawal.

Seiring dengan tema ‘Raya Macam Dulu-Dulu’, kemeriahan pasti dirasai menerusi kepelbagaian program yang disediakan, sekali gus memberi lebih pilihan kepada tontonan.

Antaranya seperti Karaoke Kecoh Raya, Amir Jahari: Dari Hasrat Ke Juara Lagu, Istimewa Famili Duo 2023 dan Melodi Raya 2024.

Khai Bahar an Marsha Milan turut memeriahkan Karaoke Kecoh Raya

Karaoke Kecoh Raya
(Raya pertama hingga ketiga: 4 petang)

Dihoskan oleh Janna Nick dan menampilkan dua selebriti untuk setiap episod. Pada setiap episod ini, para selebriti akan melakukan cabaran nyanyian karaoke dan markah setiap cabaran akan dikira sepanjang persembahan.

Menjelang penghujung episod, selebriti yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang utama! Karaoke Kecoh Raya akan dihangatkan lagi dengan kehadiran Shiha Zikir, Fiza Frizzy, Naim Daniel, Marsha Milan, Khai Bahar, Sharif Zero dan Izzue Islam.


Amir Jahari berkongsi kisah perjalanan seni dalam program khas

Amir Jahari: Dari Hasrat Ke Juara Lagu
(Sabtu, 13 April: Raya keempat/4 petang.

Ikuti temubual eksklusif bersama Amir Jahari, pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) untuk menyelami perjalanan seni, kebangkitan luar biasa, belakang tabir AJL38 serta proses penghasilan lagu Hasrat yang menjadi titik balik dalam kerjayanya.

Dari memulakan karier dengan busking di jalanan hingga meraih anugerah muzik yang paling berprestij di Malaysia, program ini memperingati perjalanan, pencapaian, perjuangan serta daya keteguhan Amir dalam bidang muzik untuk memberi inspirasi.

Amir juga akan berkongsi pengalaman uniknya dalam industri muzik, merungkai jatuh bangun perjalanan kerjayanya, dan membuka ruang untuk menyelami kisahnya yang tidak diketahui oleh peminatnya.

Istimewa Famili Duo 2023
(Ahad, 14 April Raya Kelima/4 petang.

Versi yang istimewa dengan menampilkan persembahan terbaik dalam Famili Duo 2023. Famili Duo merupakan program realiti duo keluarga selebriti untuk menonjolkan bakat nyanyian dan kreativiti mereka.

Istimewa Famili Duo 2023 membawakan Haqiem Rusli, Emma Suhaimi dan Sharif Zero yang akan memberikan reaksi terhadap persembahan terbaik mereka sepanjang mereka bertempur dalam program tersebut.

Kumpulan Elite turut membuat penampilan istimewa dalam Melodi Raya 2024

Melodi Raya 2024
(Ahad, 14 April: Raya kelima/9 malam)

Melodi Raya 2024 kali ini menganjurkan rumah terbuka sambil bergembira dengan selebriti yang lama dan baharu. Program ini diceriakan lagi dengan gandingan Janna Nick, Raja Azura dan Saiful Apek sebagai hos, selain barisan selebriti tanah air seperti Bella Astillah, Adira, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Norman, Che Puan Sarimah, Aina Abdul, Amir Jahari, Dayangku Intan, Datuk DJ Dave, Elite, Dolla, Naim Daniel, Anna Jobling dan ramai lagi.

Untuk pertama kalinya Melodi Raya memberi pengiktirafan kepada dua orang penggiat seni iaitu Alif Satar dan Aina Abdul yang telah mencetuskan fenomena dengan aura positif, menjadi contoh baik dan sumber inspirasi kepada peminat mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program-program hiburan ini yang semestinya bakal memeriahkan lagi hari raya anda bermula 10 April 2024 di TV3. - 7KLIK



[FOTO: TV3]

Post a Comment

0 Comments