Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Derita kanser hati, Miji Cromok meninggal dunia


BEKAS pemain dram kumpulan trash metal, Cromok meninggal dunia di Kelantan pada malam Rabu. Allahyarham Miji atau nama sebenarnya, Tarmizi Mokhtar, yang menghidap penyakit kanser hati tahap empat menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun.

Berita duka itu dikongsi pemain gitar Cromok, Karl menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2024 pukul 10.40 malam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Allahyarham di masa kesedihan ini. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda," tulisnya.




Karl turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Sementara urusan pengebumian akan disempurnakan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, ketika konsert Ulang Tahun ke-30, Cromok – Forever In Time di Zepp Kuala Lumpur, kumpulan itu mengumumkan pengunduran Miji disebabkan masalah kesihatan yang dialami. Miji turut hadir ke konsert terbabit bagi memberi sokongan terhadap anggota Cromok yang lain. - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments