Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Umat Islam seluruh negara mula berpuasa pada Selasa


UMAT Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac ini. Tarikh penting tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia pada petang Ahad, 10 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah.

Sebanyak 29 lokasi terpilih untuk melihat anak bulan Ramadan termasuk Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Diikuti Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang) manakala di Kedah, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) dan Menara Alor Setar, Alor Setar. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments