Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Saya perlu melawan emosi agar dapat menyanyikan lagu ini dengan sebaiknya" - Marsha Milan


MAHU terus tampil dengan karya-karya segar, penyanyi Marsha Milan tidak menunggu lama untuk menghasilkan single baharu demi meneruskan kesinambungan kerjaya seninya yang kini semakin diberi perhatian.

Mempertaruhkan lagu ciptaaan sepenuhnya oleh Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K, berjudul Dulu, Kini dan Akhirnya, Marsha, 38, berharap agar karya penuh makna bjuat dirinya itu dapat diterima ramai.

Menariknya, lagu penuh emosi itu turut terpilih menjadi lagu runut (OST) untuk drama slot Samarinda, Lelaki Itu yang kini disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan.

Jelas Marsha, sewaktu lagu itu pertama kali mendengar lagu tersebut, dia terus berminat kerana tertarik dengan olahan melodi dan liriknya yang unik serta menusuk kalbu.

“Apabila saya baca lirik yang diberi dan dengar melodi lagu ini, saya terus jatuh cinta. Lirik lagu ini bagi saya sangat unik dan membawa makna sangat mendalam.

|"Mencabar juga menyanyikan lagu ini kerana apabila saya bawakan, emosi menyelubungi diri dan membuatkan saya perlu melawan emosi agar dapat menyanyikan lagu ini dengan sebaiknya.|

"Walaupun ini kali pertama saya bekerjasama dengan Hanis Rafi, tetapi ia bukan penghalang buat saya. Kami hanya mengambil masa selama dua jam ketika rakaman di studio,” ujarnya.



Drama Lelaki Itu dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Al-Barakbah.

Sementara itu, Omar K elaku komposer berkata, lagu tersebut mengisahkan tentang semangat seseorang dalam meneruskan kehidupan walaupun telah dilukai berkali-kali oleh orang tersayang.

|“Marsha memang seorang penyanyi yang bijak untuk kawal emosi dan menjiwai lagu. Tambahan dengan lontaran suara yang jelas dan juga vokal mantap, saya pasti lagu ini akan menjadi hit dalam kalangan pendengar,” katanya. |

Single Dulu, Kini dan Akhirnya kini tersedia di pelbagai platform muzik digital seperti iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer bermula 6 Mac lalu. - 7KLIK



[FOTO: Alternate Records & Talents]

Post a Comment

0 Comments