Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kemunculan The Strollers, Sons of Adam, Heavy Machine bakal gamit nostalgia peminat


SEBUAH persembahan istimewa, Retro Heat bakal mengimbau nostalgia peminat apabila menampilkan tiga kumpulan legenda iaitu The Strollers, Heavy Machine dan Sons of Adam.

Retro Heat yang dibawakan oleh Ideas Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan kumpulan yang mencipta populariti pada tiga era berbeza pada 1960-an, 70-an dan 80-an itu berkongsi satu sama pentas di Poolside Bistro, Ideas Hotel Kuala Lumpur pada 31 Januari ini.

The Strollers, perintis sejak 1965 akan membawakan lagu-lagu popular 60-an dengan membawakan muzik zaman pop-psych. Diikuti Sons of Adam, yang ditubuhkan sejak 1969, akan membawa peminat kembali ke Woodstock dengan rentak rock klasik, blues dan Latin.

Sementara Heavy Machine yang ditubuhkan pada tahun 1977 pula akan membawa bunyi 'big band' dengan getaran retro rock, pop, dan funk.

Ketiga-tiga kumpulan ini akan mempersembahkan satu set retro dan lagu ciptaan mereka sendiri.

Tiket persembahan dijual dengan harga RM180 (termasuk minuman, mini buffet dan peluang cabutan bertuah). Pembelian boleh dibuat dengan menghubungi Ideas Hotel Kuala Lumpur di talian (011) 2619 0952 untuk menempah meja.  - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments