Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Incubus kembali ke malaysia untuk Jelajah Asia 2024


TAHUN 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era 1990-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk Asia Tour 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 27 April 2024 depan.

Kehadiran mereka menerusi konsert Incubus Live In Malaysia itu tentunya bakal mengubati kerinduan dan hadiah buat peminat yang selama ini sentiasa setia menyokong dan mengikuti perkembangan mereka dalam industri sejak lebih dua dekad lalu.

Incubus cukup dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, selain dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Konsert Incubus Live In Malaysia dibawakan oleh Hitman Solutions, penganjur persembahan yang sentiasa ingin memberikan pengalaman hiburan seni yang terbaik terutamanya terhadap peminat muzik rock tempatan dan antarabangsa.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal berkata, pihaknya teruja membawakan konsert tersebut kepada peminat muzik Malaysia.

"Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024. 

"Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran.

"Oleh itu, kami bertungkus lumus demi memuaskan hati peminat rock tempatan dengan membawakan mereka untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti Drive, Wish You Were Here dan kegemaran peribadi saya, Pardon Me," ujarnya.


Jualan tiket Konsert Incubus Live In Malaysia: Asia Tour 2024 telah bermula pada 7 Disember lalu dan dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu CAT 1 - VIP Seating (RM299), CAT 2 - Normal Seating (RM249), Rockzone - Free Standing (RM249). Pembelian boleh dibuat menerusi: www.hitmanlive.com - 7KLIK




[FOTO: Hitman Solutions]

Post a Comment

0 Comments