Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Diundang menyertai acara bersama 'First Lady' beberapa negara, Rosé curi perhatian ramai



Oleh: AILEEN ADAM
BUKAN hanya mahu menghiburkan para peminatnya di pentas, tetapi anggota kumpulan Blackpink, Rosé  turut mahu mengambil peranan untuk memberi kesedaran berkaitan kesihatan mental kepada masyarakat umum.

Berikutan itu, pemilik nama sebenar, Park Chae-yong, tampil sebagai salah seorang panel membincangkan topik berkenaan pada satu program, khas bersempena sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan di California, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Pada acara tersebut, pelantun lagu On The Ground dan Gone itu berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sendiri saat berdepan tekanan di media sosial miliknya yang mempunyai lebih 74 juta pengikut itu.

"Saya berasa seperti beberapa perkara yang saya lakukan tidak pernah cukup. Tidak kira betapa saya bekerja keras untuk sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau mengawal naratifnya. Apabila apabila itu berlaku, saya rasa sunyi," ujarnya melontarkan pendapat ketika diajukan persoalan tentang perkara tersebut.

Dalam pada itu, bintang K-Pop kelahiran New Zealand yang dibesarkan di Australia itu berkata, sebagai selebriti yang mempunyai pengaruh dalam kalangan generasi muda, dia mahu menyampaikan inspirasi dan mesej positif menerusi muzik yang dibawa kepada semua.

"Saya tidak fikir ia dinormalisasi untuk kita bercakap tentang perasaan kita dari semasa ke semasa dan ia normal untuk tidak sentiasa berasa baik," katanya.

Rosé  (dua dari kiri) bersama barisan 'tetamu bepengaruh pada program khas yang diadakan bersempena siang kemuncak APEC pada Jumaat.


Penampilan Rosé pada acara yang dianjurkan oleh Jill Biden iaitu isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden itu mencuri perhatian ramai dan menjadi bualan di media sosial.

Ramai yang memuji penyanyi berusia 26 tahun itu yang tampil berkeyakinan meski duduk berbincang bersama-sama 'first lady' dari beberapa negara termasuk wakil Korea Selatan, Kim Keon-hee, Datuk Seri Dr Wan Azizah (Malaysia) serta Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Penampilan Rosé diacara itu membuktikan dirinya sebagai selebriti berpengaruh, apabila menjadi pilihan untuk menjadi antara tetamu pada acara berkenaan.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments