Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELEPAS VIRAL DI PROGRAM SING! CHINA 2023, VANESSA REYNAULD KEMBALI DENGAN IGAU



NAMA Vaneesa Reynauld kini hangat dibicarakan dalam komuniti siber atas kejayaan ke peringkat seterusnya untuk program Sing! China 2023 di Shanghai baru-baru ini.

Setelah viral dengan kejayaan tersebut, Vanessa, 23, tampil dengan single terbaharunya berjudul Igau.

Menurut Vanessa, lagu ciptaan Naqiu itu mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri untuk dirinya. Manakan tidak, ia diciptakan khas untuk Vanessa dengan mengambil kira aspek kesesuaian vokal yang sangat unik dan luar biasa.

Selain itu, Vanessa dan Naqiu pernah mempunyai lagu duet bersama iaitu Rindu Separuh Nyawa sebagai runut bunyi rasmi untuk drama 2021 dan pencapaian lagu itu telah memperoleh dua kali Anugerah Platinum daripada hasil jualan strim digital di seluruh negara.

"Saya sangat teruja melancarkan single ini apabila dapat tahu lagu ini diciptakan khas untuk saya. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Naqiu di mana kami berduet menerusi lagu Rindu Separuh Nyawa yang dijadikan sebagai runut bunyi rasmi untuk sebuah drama.

"Semenjak itu, Naqiu merasakan saya mampu menyampaikan lagu yang power vocal dan menonjolkan lagi kebolehan vokal saya sehinggalah dia membuat keputusan untuk ciptakan lagu Igau.

"Saya amat menyukai karya ini kerana Naqiu benar-benar menstrukturkan lagu ini mengikut kesesuaian suara saya,” ujarnya,


Meski masih mengetengahkan genre balada rock dan kisah cinta dalam single tersebut, Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) itu berkata, jalan penceritaannya berbeza berbanding lagunya sebelum ini.

"Saya sangat teruja dengan konsep kali ini, kerana ia menekankan elemen lagu cinta dan jiwang. Selain itu, lagu ini mempunyai cabaran dalam menyampaikan vokal kerana ia mempunyai perbezaan berbanding lagunya sebelum ini. Saya yakin, genre lagu seperti ini sangat dekat dengan cita rasa pendengar,” katanya.


Igau mengisahkan tentang seorang wanita yang mendambakan seseorang kekasih atau pasangan yang mampu memberikan kasih sayang dan kebahagian buat selamanya.

"Bagi yang masih bujang atau belum pernah bercinta, lagu ini sesuai untuk mereka kerana ia mengisahkan tentang seseorang yang memimpikan kekasih yang boleh dijadikan pasangan hidup yang melengkapi antara satu sama yang lain.

"Saya sendiri sebelum ini pun tidak pernah mempunyai pasangan bercinta dan Naqiu pun tahu perkara ini,” katanya lagi.


Hal tersebut merupakan salah satu cabaran kepada Vanessa kerana sukar untuk kaitkan kisah cinta dalam lagu dengan diri sendiri.

Oleh demikian Naqiu telah menciptakan karya yang boleh dikaitkan dengan penyanyi asal Klang, Selangor itu supaya proses rakaman untuk menjiwai dan mendalami makna baris dalam lagu ini berjalan dengan lancar.

"Sebenarnya lagu ini boleh ditafsirkan mengikut perspektif perempuan mahupun lelaki kerana kita semua adalah manusia yang mempunyai perasaan dan fitrah kehidupan yang mahukan pasangan yang boleh melengkapi antara satu sama lain.

"Kadang kala kita mahukan pasangan yang terlalu sempurna sehingga kita lupa kebahagian terletak pada kesesuaian pasangan itu sendiri bukan pada kesempurnaan semata-mata dan ini adalah prinsip yang saya terapkan dalam diri untuk berimaginasikan dalam menyampaikan lagu ini.” jelasnya.


Dalam pada itu, Vanessa telah mendedahkan bahawa lagu Igau sebenarnya sudah dihasilkan sekitar setahun lalu dan lagu ini memerlukan persiapan yang rapi agar lagu ini dapat diterima oleh semua orang.

"Lagu ini telah siap hampir setahun tetapi saya mengambil masa untuk mengeluarkannya kerana saya dan pihak syarikat rakaman mempunyai perancangan dan membuat persiapan yang rapi agar lagu ini dapat dijayakan dengan sempurna.

"Antara persiapan yang dilakukan seperti saya berlatih menyanyikannya terlebih dahulu dan membuat beberapa perubahan bagi mencantikkan lagi struktur ayat dan sebutan dalam lirik supaya sedap bila dinyanyikan,” ungkapnya.


Setelah mencurahkan usaha, Vanessa tentunya berharap agar produk terbarunya ini mendapat sambutan selayaknya daripada para peminat di semua platform baik digital mahupun tradisional.

"Semoga melodi lagu ini boleh melekat dan menghantui para pendengar di luar sana. Kepada peminat, teruskan menyokong saya dan dengarkan lagu ini di semua platform digital kegemaran anda semua.

"Saya juga berharap agar lagu ini mendapat putaran radio supaya dapat menemani anda ketika memandu. Akhir sekali apa yang penting semoga Igau mendapat tempat istimewa dalam hati anda semua," akhirinya.


Lagu Igau boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Uploading: 21187584 of 36001810 bytes uploaded.


IGAU
by Vanessa Renauld

Dia
Cuma khayalanku
Mencari ketenangan
Di batasan hati tandus dan layu

Dia
Hanya igauanku
Yang menanti kedatangan
Di sempadan hati tanpa jemu

Hadirkanlah… dia
Di pintu asmara
Ajariku erti perkasihan

Akan tiba nanti
Cinta itu
Bila diidamkan semahunya
Kekasih idaman yang sejiwa
Akan tiba pasti
Cinta itu
Bila ku impikan semahunya
Kekasih impian jiwa

Aku
Makin kehampaan
Mengejar bayanganmu
Di secebis mimpi sepi nan sayu

Hadirkanlah… dia
Di pintu asmara
Ajariku erti perkasihan

Jika ditakdirkan
Ada cinta buatku
Sampai mati ku pertahankannya

Oooh…
Dan.. tiba akhirnya
Cinta itu
Bila diigaukan semahunya
Kekasih dambaan jiwa












Post a Comment

0 Comments