Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RAHSIA PETUA, SATUKAN PENYANYI BERBILANG BANGSA DI MALAYSIA




BERSESUAIAN dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, pihak Universal Music Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah lagu berjudul Rahsia Petua yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia.

Lebih menarik, lagu itu turut menampilkan penyanyi daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina, India dan tidak terkecuali juga daripada etnik Sabah. Mereka terdiri daripada Kmy Kmo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo.

Muzik Rahsia Petua dicipta khas bagi mengetengahkan ekspresi melodi dan budaya, di samping menceritakan perpaduan bangsa di Malaysia.

Menurut Luca Sickta selaku pengarah muzik lagu tersebut, kesempurnaan hasil karya itu dibawakan oleh keunikan bakat daripada artis berbilang bangsa.

Rakaman Rahsia Petua dijalankan di beberapa lokasi  terpilih  seperti  di Studio Kota Kinabalu bagi Benzooloo, Studio Mass Music di Petaling Jaya untuk Nicole Lai dan Psychomantra, serta Studio LS and Beats di Shah Alam bagi Kmy Kmo & Luca Sickta.

Bagi Nicole Lai dan Psychomantra, karya tersebut merupakan lagu pertama yang dinyanyikan mereka dalam bahasa Melayu.

Semangat perpaduan yang ditonjolkan itu telah menghasilkan sebuah lagu menakjubkan hasilan tonasi melodi serta lirik menarik dan senang diingati oleh para pendengar. 

Namun demikian, Psychomantra turut menghadapi cabaran ketika proses rakaman  dijalankan, di mana bait-bait bahasa ingin disampaikan harus diulangi untuk kesempurnaan produksi lagu ini.

Kmy Kmo, selaku pencipta dan penulis lirik pula berpendapat bahawa melodi nyanyian dibawa oleh Nicole Lai digubah dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesesuaian korus, vokal dan kesinambungan lirik ke penyanyi seterusnya.

Sementara itu penggambaran muzik video hasil sentuhan Cinemalaya itu melibatkan beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple.

Bagi Benzooloo, penyanyi tunggal dari Sabah pula, rakaman videonya dijalankan di Kundasang dan Kota Belud, Sabah. Lokasi tersebut mencerminkan keindahan suasana Gunung Kinabalu yang merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Malaysia dan sekali gus menjadikan cinematografi visual dan tona warna lebih menarik serta menonjol.

Nicole Lai yang merupakan satu-satunya penyanyi wanita serta berbangsa Cina dalam lagu itu berharap agar mesej disampaikan dalam Rahsia Petua tersebut dapat dihayati para pendengar.

Rahsia Petua kini boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.




 Kmy Kmo and Luca Sickta

Psychomantra

Benzooloo

Nicole Lai

 Kmy Kmo and Luca Sickta




Post a Comment

0 Comments