Deco Vs Deco, cabaran dekorasi ruang



CABARAN dekorasi ruang dan halaman dengan menonjolkan tema pilihan setiap minggu antaranya kediaman bercirikan moden, semula jadi, minimalis, bohemian, dan klasik bakal menanti peserta program terbaharu bertajuk Deco vs Deco sedang bersiaran setiap Khamis, jam 8.30 malam menerusi saluran TV Okey.

Menampilkan Jasper Supayah sebagai hos program, Deco vs Deco berkonsepkan sebuah pertandingan rancangan menghias kediaman yang menampilkan dua orang peserta pilihan bakal diuji kreativiti dan kebolehan mereka menatarias kediaman dalam setiap 13 episod program ini.

Menariknya setiap episod akan menampilkan tema berbeza dalam menatarias kediaman dengan pilihan konsep menepati cita rasa yang realitinya bukanlah perkara mudah untuk dizahirkan. Ia memerlukan penyelidikan, rujukan dan kefahaman yang tinggi diiringi kesabaran serta ketabahan demi mencipta ruang dalaman impian.

Sebagai pengenalan, episod permulaannya mengundang dua peserta iaitu Sham dan Sarah Monica yang memulakan persaingan untuk menghias bilik tidur dan ruang tamu berdasarkan tema diberikan iaitu moden dan kontemporari. Siapakah bakal dipilih sebagai pemenang oleh juri?

Menyusul seterusnya persaingan hebat antara dua peserta, Afiya dan Zulkifli yang berusaha untuk menghias ruang tamu dengan tema diberikan iaitu klasik dan tradisional. Siapakah bakal bergelar juara untuk episod kali ini?

Berbekalkan masa enam jam yang diberikan, Afiya yang menggemari warna merah jambu dan Zulkifli si peminat warna biru bakal menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang ada untuk menonjolkan kreativiti masing-masing demi dinobatkan juara dalam persaingan tersebut.

Setiap minggu peserta bakal mereka dinilai oleh Ariey Mustafa seorang pereka hiasan dalaman dan halaman yang dilantik sebahagai juri profesional program ini. Beliau memiliki pengalaman 20 tahun mendekorasi rumah kediaman, ruang pejabat, pusat membeli-belah, pusat komersil di dalam dan luar negara.

Luangkan masa menyaksikan program dekorasi ini di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik rtmklik.rtm.gov.my dan RTM mobile.  - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

Previous Post Next Post