Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BMW Group Malaysia, Seong Hoe Premium Motors mengelektrifikasi FFM32 dengan BMW 740LE Xdrive M Sport


BMW Group Malaysia dan Seong Hoe Premium Motors telah membekalkan enam buah jentera BMW 740Le xDrive M Sport kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai kenderaan rasmi untuk Festival Filem Malaysia Ke-32 yang telah berlangsung di Melaka baru-baru ini.

Lima calon terbaik bagi setiap kategori telah disambut dengan khidmat drebar serba istimewa menggunakan sedan hibrid dari portfolio BMW 7 Series ini, membekalkan mereka pengalaman jentera mewah elektrik yang eksklusif.

Secara global, BMW Group tidaklah asing dengan dunia perfileman, setelah menjadi penaung seni sejak lebih 80 tahun. Dari filem Jerman tahun 1935 yang berjudul ‘Die Katz' im Sack’ hingga ke produksi Marvel Studios yang terkini, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, pengeluar kenderaan premium ini tidak lekang mengangkat industri kreatif di seluruh dunia.

Di peringkat tempatan, BMW Shorties oleh BMW Group Malaysia telah menjadi wadah yang penting dalam menggalakkan serta mendukung kreativiti golongan pembikin filem dan juga konten digital tanah air, yakni sejak 16 tahun yang lalu.

BMW Shorties telah menerima lebih 1,000 penyertaan bagi pertandingan filem pendek tahunannya bermula dari tahun 2006, dan banyak antaranya yang telah ditayangkan di festival-festival filem antarabangsa yang berprestij seperti Cannes, New York, Rotterdam, Oberhausen, Rome, Clermont-Ferrand dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Shorties, sila layari www.bmwshorties.com.my dan ikuti akaun Instagram rasmi BMW Shorties di @BMWShorties. - 7KLIK


[KREDIT: BMW Group Malaysia]

Post a Comment

0 Comments