Cuckoo Malaysia Premier Futsal League 2022 disiarkan di TV9 bermula Sirkit 7


BERITA
baik buat peminat-peminat tegar sukan tempatan, TV9 akan menyiarkan perlawanan-perlawanan 
Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 bermula dari Sirkit 7 yang diadakan pada 25 hingga 27 Februari 2022.

Cuckoo MPFL 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memulakan persaingan hebat sejak dari Sirkit 1 pada 14 Januari 2022 hingga Sirkit 9 yang akan berakhir pada 13 Mac 2022.

Sebanyak 15 pasukan bertanding dengan format liga sepusingan yang mana setiap pasukan akan beraksi sejumlah 14 perlawanan sepanjang Sirkit 1 hingga Sirkit 9. Lapan pasukan teratas akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung pada Jun 2022.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios,

“TV9 mengorak langkah dengan menyediakan kandungan sukan yang menarik buat tontonan khususnya peminat bola sepak dan futsal tempatan.

Dengan kerjasama jenama terkenal CUCKOO, TV9 akan mula membawakan perlawanan-perlawanan CUCKOO MPFL 2022. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini TV9 dan tidak ketinggalan untuk menyaksikan liga perdana futsal Malaysia ini,". 



Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM pula berkata;

“Kami di FAM mendengar keluhan penyokong dan peminat futsal yang mahukan pertandingan MPFL ini dapat ditonton di televisyen dan alhamdulillah, usaha ini berjaya direalisasikan.
 Walaupun MPFL musim 2022 ini sudah di pertengahan jalan, harap kita dapat bekerjasama lebih baik untuk MPFL musim 2023 demi memajukan lagi industri futsal di negara ini.”

Saingan MPFL telah dimulakan oleh FAM pada tahun 2019 bagi menggantikan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) yang mana Selangor MAC merupakan juara sulung yang juga juara bertahan selepas pertandingan ini terpaksa dibatalkan pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19.

Lebih mendebarkan, Selangor MAC kini menerajui takhta liga Cuckoo MPFL 2022 dengan 27 mata dengan berbaki lagi 4 perlawanan dan diikuti rapat oleh Pahang Rangers FC (23 mata) dan Negeri Sembilan (22 mata). Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan MPFL 2022 yang dibawakan khas oleh Cuckoo.

Berikut adalah perlawanan-perlawanan CUCKOO MPFL 2022 sirkit 7 yang akan disiarkan di TV9 dan saluran Youtube TV9 Malaysia:









Post a Comment

Previous Post Next Post