Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MASTER IN THE HOUSE MALAYSIA EPISOD 7: EJEN USAMAH ZAID LATIH MEMBERS JADI PERISIK!


PADA
minggu ini, members Master In The House Malaysia telah menjelajah ke Cyberjaya dalam misi mencari Master minggu ke-7 mereka. Pelbagai klu telah diberi dan bermacam-macam jawapan lucu juga diperolehi daripada mereka sehingga membuatkan ada antara members sendiri tergelak besar.


Ada antara members yang berjaya menjawab soalan teka-teki Master mereka minggu ini tetapi apabila disakat rakan sekeliling, jawapan tersebut terus jadi pudar.

Sehinggalah mereka tiba di studio WAU Animation dan bertemu dengan Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan juga pengarah Ejen Ali. Kali ini, members diberi tugasan menjadi perisik menerusi animasi yang direka sendiri oleh mereka.

Berbakat atau tidak mereka dalam melukis? Atau adakah mereka hanya mampu melukis gambar orang lidi sahaja? Watak apakah yang akan direka oleh setiap members ini? Sudah tentulah penonton tidak sabar melihat hasil kerja mereka yang sememangnya lucu.

Episod ini lebih menarik dengan kemunculan seorang influencer dan juga model terkenal dari Korea Selatan. Siapakah dia? Apa lagi, kita tunggu dan lihat episod menarik Master In The House Malaysia pada 26 Februari, pukul 10 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.



[KREDIT: TV9]










Post a Comment

0 Comments