Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PENCARIAN PESERTA ICSYVMY MUSIM KELIMA SECARA ATAS TALIAN BERMULA 25 FEBRUARI 2022!


PROGRAM muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan kembali untuk musim yang kelima pada tahun ini. Sesi pencarian peserta akan berlangsung secara atas talian bermula 25 Februari 2022. 

Penyertaan  ICSYVMY musim Ke-5 terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira anda seorang penyanyi atau penyamar, anda dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy  dari 25 hingga 28 Februari 2022.

Kami mahukan anda yang mempunyai bakat dan personaliti menarik untuk sama-sama mendaftar di www.xtra.com.my/icsyvmy dan mengisi borang dengan lengkap.

Muat naik video uji bakat di dalam borang penyertaan itu. Video nyanyian harus dirakam secara acapella, tiada iringan muzik dan tanpa ‘minus one’. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Sejak diperkenalkan, program ICSYVMY telah mencipta fenomena tersendiri dengan mencatatkan hampir 3 juta penonton di setiap episod bersiaran. Malah, sesi uji bakat sentiasa menerima sambutan luar biasa.

Seramai 3000 orang telah hadir ke sesi uji bakat musim ketiga manakala sesi pencarian musim keempat di atas talian pula menerima lebih daripada 10,000 penyertaan! Jadi, jangan lepaskan peluang ini, mana tahu andalah individu yang dikehendaki dalam ICSYVMY 5.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #ICSYVMY untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.


[KREDIT: TV3] 

Post a Comment

0 Comments