Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hotel Singgah Kertih terima sijil pengiktirafan taraf orkid



SINGGAH Kertih, salah sebuah rangkaian hotel yang diuruskan oleh KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) telah menerima sijil pengiktirafan Pengelasan Premis Penginapan Pelancong (PPP) dari Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia bagi tahun 2021. 

Singgah Kertih telah menerima sijil pengiktirafan taraf 3 Orkid, iaitu pengiktirafan taraf paling baik kepada premis penginapan pelancong bertaraf hotel bajet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, kejayaan ini adalah hasil usaha keras yang diberikan oleh warga kerja Singgah Kertih dalam menguruskan hotel tersebut.

“Biarpun Singgah Kertih merupakan sebuah hotel bajet namun kami sentiasa berusaha untuk menyediakan servis terbaik untuk bersaing lebih jauh dalam industri perhotelan tempatan.

"Pandangan dan cadangan pelanggan sentiasa menjadi rujukan kami dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dari masa ke semasa,” ujarnya.


Hotel Singgah Kertih terletak di tengah-tengah pekan Kertih menjadikan ia persinggahan strategik buat mereka yang bergerak dari arah Kuantan mahupun Kuala Terengganu.

Mula beroperasi sejak 2016, Singgah Kertih menyediakan 48 buah bilik lengkap dengan sistem penghawa dingin diuruskan oleh 16 orang kakitangan yang merupakan penduduk asal pekan Kertih.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai anugerah yang baharu diterima, beliau memberitahu bahawa Singgah Kertih telah melepasi semua garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan bagi mendapatkan pengiktirafan taraf 3 Orkid, antaranya adalah penginapan yang diselenggara dengan baik, kelengkapan dan tenaga kerja yang disediakan mencukupi, dan juga kemudahan perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Selain anugerah bagi kategori Hotel Bajet, terdapat enam lagi kategori premis penginapan pelancong yang ditetapkan di bawah Kementerian Pelancongan, iaitu Hotel Bandar, Green Hotel, Resort, Hotel Tanah Tinggi, Hotel Apartment, dan juga Hotel Inovatif.

Biarpun industri pelancongan teruk terkesan akibat penularan pandemik Covid-19, rangkaian hotel Singgah tidak berduduk diam malah telah melancarkan kempen 'Book Now Stay Later' bagi menggalakkan tempahan bilik pada harga promosi.

Berkonsepkan tempah sekarang, menginap kemudian, pakej tempahan bilik ditawarkan di kedua-dua buah hotel milik Singgah di Kertih dan Pengerang sejak 1 Ogos 2021 yang lalu.

Dengan sambutan positif yang diterima dari pengunjung-pengunjung hotel yang rata-ratanya terdiri daripada golongan eksekutif dari industri gas dan petroleum, Singgah Hotel telah melanjutkan kempen 'Book Now Stay Later' sehingga 31 Disember 2021.

Selain menawarkan pakej 3 hari 2 malam beserta sarapan dengan harga serendah RM300, dengan pilihan untuk menawarkan naik taraf bilik pada harga RM30 semalam. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari www.singgah.com.my- 7KLIK 


[KREDIT: Singgah Kertih] 




Post a Comment

0 Comments