Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BAPA ANZALNA KINI CEO FINAS


KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan mengenai pelantikan Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023. 

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif yang telah berakhir berkuatkuasa 15 Oktober yang lalu.

Dr Md Nasir berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada tahun 2008 serta Pasca Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada tahun 2014.

Pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa telah terbukti dengan kecemerlangan menggalas tanggungjawab termasuklah sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni dan Warisan Budaya (ASWARA) dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

KKMM yakin kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang industri kreatif, khususnya seni budaya mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Haji Mohammad Mentek;

"Saya percaya sinergi antara beliau dan Ahli-Ahli Perbadanan FINAS akan terus memantapkan hala tuju, perancangan dan pelaksanaan yang lebih komprehensif bagi melonjakkan industri filem serta ekonomi kreatif di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.



[KREDIT: KKMM)

Post a Comment

0 Comments