Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kitkat melancarkan edisi terhad terbaharu Kitkat Choco Banana yang diinspirasi oleh filem animasi Minions




KITKAT Malaysia memperkenalkan edisi terhad Kitkat Choco Banana menerusi kerjasama dengan salah sebuah francais filem animasi yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Minions terbitan studio Illumination.

Jadi pastikan anda mencuba dan rasai sendiri kelazatan Kitkat Choco Banana yang nescaya membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar.

Watak The Minions seperti yang diketahui umum, begitu menggemari pisang dan ini telah mencetuskan ilham membuat Kitkat, selaku jenama konfeksionari paling ikonik di Malaysia, untuk menghasilkan kudapan enak melalui gabungan hebat perisa coklat dan pisang.

Setiap gigitan wafer rangup istimewa Kitkat berperisa pisang, disaluti bersama dengan coklat susu halus dan membawa nikmat yang tidak terhingga.

Bersempena pelancaran perisa baharu yang mengujakan ini, Kitkat telah mengeluarkan koleksi bungkusan eksklusif yang memaparkan watak-watak Minions kegemaran semua termasuklah Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.

Kitkat Choco Banana boleh didapati dalam dua jenis variasi: paket 4-Jejari dengan empat reka bentuk unik untuk menambahkan keceriaan waktu rehat anda, dan paket berganda yang mengandungi lima kepingan 2-Jejari dengan dua reka bentuk asal untuk pilihan anda dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa barangan eksklusif Kitkat x Minions yang boleh anda miliki.

Antaranya rantai kunci LED edisi terhad, yang didatangkan dalam lima reka bentuk berlainan dan sarung tangan dapur yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang menarik.

Sarung tangan ini pastinya boleh menjadi teman setia kepada para peminat Kitkat semasa menghasilkan hidangan istimewa bersama Kitkat Choco Banana.

Barangan eksklusif ini boleh didapati dengan setiap pembelian secara dalam talian di Kedai Rasmi Kitkat di Lazada dan Shopee serta kedai runcit terpilih.

Meskipun varian perisa serba baharu ini cukup enak dimakan begitu sahaja, Kitkat tetap ingin mempelawa para peminat untuk mencuba sesuatu yang lebih menyeronokkan di dapur dengan menggunakan Kitkat Choco Banana, sama ada dengan menambahbaik pencuci mulut kegemaran mahupun mencipta resepi baharu.

Sebagai permulaan, Kitkat telah menyediakan dua resepi hebat yang diinspirasikan dari perisa edisi terhad ini untuk dicuba oleh anda semua.

Kek Beku Kacang Mentega Kitkat Choco Banana
Dapatkan resepi penuh di sini: https://www.instagram.com/p/CQ2w42Clcle/?utm_source=ig_web_copy_link 


Susu Kocak Kitkat Choco Banana


Senyumlah sepuas-puasnya sewaktu rehat dan rancakkan hari anda dengan kebaikkan buah pisang! 
#KITKATMalaysia
#KITKATChocoBanana
#KITKATEasyRecipeasy

Terima kasih kepada Kit Kat Malaysia kerana telah memberi peluang kepada team 7Klik untuk menjadi antara yang terawal merasai KitKat Choco Banana yang tersangatlah ohsem! Luar biasa sedap dan sekali gus buat kami juga merasa energi yang luar biasa juga. Pertama kali merasa, terus jatuh cinta. - 7KLIK


[KREDIT: Kit Kat Malaysia]



























Post a Comment

0 Comments