Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Issey tinggalkan Suria FM



PENYAMPAI segmen Team Pagi Suria iaitu Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh luput 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM.

Tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria adalah pada 16 Julai 2021, sebelum menghabiskan cutinya yang masih berbaki.

Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya selama tiga tahun ini sebagai penyampai di Suria FM.

Tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey buat masa ini dan segmen Team Pagi Suria akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali. Sebarang perancangan akan datang akan dihebahkan kepada media dan orang ramai.

Issey ketika membuat kemunculan terakhirnya di slot Team Pagi Suria mengakui pengalaman bersama Suria selama tiga tahun cukup bermakna buat dirinya.

"Hari ni hari terakhir saya di suria. Saya sendiri yang memilih utk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang suria, tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. 

"Kenangan tiga tahun di Suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya dan cukup bermakna untuk saya dan adik beradik di Suria.

"Insya-llah rezeki akan ada nanti. Tapi  macam itulah. Buat masa sekarang ni, saya ada perancangan saya cuma akan ada masa saya bagitahu pada masa yang sesuai nanti," katanya. - 7KLIK



[KREDIT: Suria FM]

Post a Comment

0 Comments