24 Jul 2021

,




KIT KAT Malaysia memperkenalkan edisi terhad KITKAT Choco Banana menerusi kerjasama dengan salah sebuah francais filem animasi yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Minions terbitan studio Illumination.

Jadi pastikan anda mencuba dan rasai sendiri kelazatan KITKAT Choco Banana yang nescaya membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar.

Watak The Minions seperti yang diketahui umum, begitu menggemari pisang dan ini telah mencetuskan ilham membuat KITKAT, selaku jenama konfeksionari paling ikonik di Malaysia, untuk menghasilkan kudapan enak melalui gabungan hebat perisa coklat dan pisang.

Setiap gigitan wafer rangup istimewa KITKAT berperisa pisang, disaluti bersama dengan coklat susu halus dan membawa nikmat yang tidak terhingga.

Bersempena pelancaran perisa baharu yang mengujakan ini, KITKAT telah mengeluarkan koleksi bungkusan eksklusif yang memaparkan watak-watak Minions kegemaran semua termasuklah Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.

KITKAT Choco Banana boleh didapati dalam dua jenis variasi: paket 4-Jejari dengan empat reka bentuk unik untuk menambahkan keceriaan waktu rehat anda, dan paket berganda yang mengandungi lima kepingan 2-Jejari dengan dua reka bentuk asal untuk pilihan anda dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa barangan eksklusif KITKAT x Minions yang boleh anda miliki.

Antaranya rantai kunci LED edisi terhad, yang didatangkan dalam lima reka bentuk berlainan dan sarung tangan dapur yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang menarik.

Sarung tangan ini pastinya boleh menjadi teman setia kepada para peminat KITKAT semasa menghasilkan hidangan istimewa bersama KITKAT Choco Banana.

Barangan eksklusif ini boleh didapati dengan setiap pembelian secara dalam talian di Kedai Rasmi KITKAT di Lazada dan Shopee serta kedai runcit terpilih.

Meskipun varian perisa serba baharu ini cukup enak dimakan begitu sahaja, KITKAT tetap ingin mempelawa para peminat untuk mencuba sesuatu yang lebih menyeronokkan di dapur dengan menggunakan KITKAT Choco Banana, sama ada dengan menambahbaik pencuci mulut kegemaran mahupun mencipta resepi baharu.

Sebagai permulaan, KITKAT telah menyediakan dua resepi hebat yang diinspirasikan dari perisa edisi terhad ini untuk dicuba oleh anda semua.


KEK BEKU KACANG MENTEGA KITKAT CHOCO BANANA

Dapatkan resepi penuh di sini: 
https://www.instagram.com/p/CQ2w42Clcle/?utm_source=ig_web_copy_link 


SUSU KOCAK KITKAT CHOCO BANANA
Dapatkan resepi penuh di sini:
https://www.instagram.com/p/CR24TzBHzcx/?utm_source=ig_web_copy_link   


Untuk keterangan lanjuit, sila layari  www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia


Senyumlah sepuas-puasnya sewaktu rehat dan rancakkan hari anda dengan kebaikkan buah pisang! 
#KITKATMalaysia
#KITKATChocoBanana
#KITKATEasyRecipeasy


Terima kasih kepada Kit Kat Malaysia kerana telah memberi peluang kepada team 7Klik untuk menjadi antara yang terawal merasai KIT KAT Choco Banana yang tersangatlah ohsem! Luar biasa sedap dan sekali gus buat kami juga merasa energi yang luar biasa juga. Pertama kali merasa, terus jatuh cinta.


[KREDIT: Kit Kat Malaysia]






























17 Jul 2021

,



PENYAMPAI segmen Team Pagi Suria iaitu Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh luput 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM.

Tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria adalah pada 16 Julai 2021, sebelum menghabiskan cutinya yang masih berbaki.

Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya selama tiga tahun ini sebagai penyampai di Suria FM.

Tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey buat masa ini dan segmen Team Pagi Suria akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali. Sebarang perancangan akan datang akan dihebahkan kepada media dan orang ramai.

Issey ketika membuat kemunculan terakhirnya di slot Team Pagi Suria mengakui pengalaman bersama Suria selama tiga tahun cukup bermakna buat dirinya.

"Hari ni hari terakhir saya di suria. Saya sendiri yang memilih utk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang suria, tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. 

"Kenangan tiga tahun di Suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya dan cukup bermakna untuk saya dan adik beradik di Suria.

"Insya-llah rezeki akan ada nanti. Tapi  macam itulah. Buat masa sekarang ni, saya ada perancangan saya cuma akan ada masa saya bagitahu pada masa yang sesuai nanti," katanya.



[KREDIT: Suria FM]

16 Jul 2021

,


BENCANA 
pandemik Covid-19 kian hari tidak nampak akan surutnya. Keadaan ini memberi kesan amat mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ini termasuklah golongan seni tanahair yang mana punca pencarian pendapatannya tersekat sehingga sukar menjalani kehidupan seharian seterusnya bagi menanggung kaum keluarga.

Sejak bencana ini melanda pada tahun lalu, pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah tampil dalam membantu rakan-rakan artis yang terkesan. Sehingga Jun 2021, bantuan secara lima peringkat telah diberikan kepada artis-artis di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Bantuan peringkat keenam telah diberikan pada 12 dan 13 Julai, di mana YKAT memberikan sumbangan berbentuk barangan kering seperti beras 20kg, minyak masak 5kg, bawang merah, bawang putih, cili, gula, bihun, teh, biskut, roti, buah-buahan dan beberapa lagi.

Seramai 20 artis menerima sumbangan barangan kering berjumlah RM200 ini setiap seorang. Ini bermakna, YKAT memperuntukkan RM4,000 untuk bantuan Covid-19 peringkat keenam kali ini. Bantuan telah dihantar ke rumah masing-masing oleh pihak Lulu Market.

Penerima bantuan pada kali ini adalah Ramesh a/l Rajan, Aai Samudera, Mus Kemala, Sathia, M Jamil, Gan Chu Lian, Chef Yang Jamil, Sivaperuman a/l Muniandy, Raman a/l Nagappan, Samala a/p Appunie, Balakhrishnan a/l R. Sinniah, Wong Seong Kin, Jaafar Onn, AR Badul, Leong Ah Kau, Ng kim Ying, Hon Yit Sin, Shima, Roy Ratnaku dan Margerat Gan.

Pengurusan YKAT yang dianggotai oleh lapan orang Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Maj Gen Datuk Hj Khairudin, Dr. Kanagarajan dan  Colin Edmonds.

Menurut Datuk DJ Dave, apa yang diharapkan bantuan tersebut dapat meringankan bebas golongan artis terjejas.

“Alhamdulillah sehingga kini, kami masih berusaha untuk membantu rakan-rakan artis dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan barangan dapur. Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

"Kami faham akan situasi yang anda lalui, lebih-lebih lagi ada mereka yang terpaksa menanggung keperluan keluarga. Kita berharap agar bencana ini segera berakhir supaya kami (artis-arits) boleh bergerak bagi mencari pendapatan seperti biasa,” ujarnya.



[KREDIT: YKAT]

15 Jul 2021

,



BANTUAN Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn. Bhd menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.

Program bantuan ini turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn Bhd.

Pihak Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.

Pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn Bhd, Datuk Sri Siti Nurhaliza berharap agar program bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.

Jelasnya, bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

Menurut Siti, sumbangan tersebut akan dilakukan secara berperingkat.

''Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini.

"Justeru, saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,'' ujar Siti.



Siti mewakili Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd. menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini.

''Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.

"Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,'' ujar Siti.




Bagaimanakah cara memohon Bantuan Prihatin 2021 ini? Program Bantuan Prihatin 2021  ini boleh dimohon dengan mengisi Google Form sahaja. Keluarga susah dan mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah layak memohon.

Klik pautan Google Form ini: https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548

Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan. Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat oleh salah seorang wakil suami atau isteri sahaja.

Orang ramai boleh menyertai usaha memberikan bantuan ini dengan menyumbang ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund.

Untuk menyumbang, sila klik link ini  https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund.

10 Jul 2021

,



SISSY Imann kini tampil Bebas! Itulah judul lagu terbaharunya yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun lalu. 

Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King itu telah mendapat lebih daripada 47 ribu tontonan menerusi YouTube MonkeyBone.

Lagu Bebas mengisahkan tentang seorang wanita yang inginkan kebebasan dalam mencari erti sebenar kehidupan, dan tidak mahu dikongkong terutamanya dalam mencari erti cinta abadi. Itulah yang ingin disampaikan oleh penyanyi versatil, Sissy Imann menerusi lagu Bebas ini.

Bebas juga akan menjadi lagu soundtrack untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang yang dilakonkan oleh Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie dan ramai lagi. Drama yang dijangka menjadi hit ini bakal menemui penonton setia TV3 tidak lama lagi.

Menurut Sissy, single terbaharunya itu sedikit berbeza daripada lagu-lagu yang pernah ditampilkan sebelum ini.

“Ini merupakan single pertama Sissy bagi tahun 2021 dan kali pertama juga Sissy bekerjasama dengan tiga komposer terkenal tanah air iaitu Mas Dewangga, Jova Benito dan Aden King.

"Lagu yang dibawakan kali ini amat berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini. Lebih teruja apabila lagu ini akan menjadi lagu soundtrack untuk drama di TV3. Tentunya Sissy rasa seronok dan gembira,” katanya.

Lagu Bebas pastinya mendapat sambutan ramai apatah lagi dengan sokongan daripada pengikut Instagram Sissy Imann yang mencapai lebih 233 ribu pengikut.

Pengalaman Sissy Imann dalam bidang nyanyian juga tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi Sissy turut berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, bes dan biola.

Selain karier sebagai penyanyi, beliau juga merupakan seorang pemuzik dan pengacara televisyen. Nama Sissy mula melonjak naik menerusi lagu Mungkin Kamu apabila video muzik ini mencecah sehingga 750,000 tontonan YouTube.

Sepanjang kariernya bergelar penghibur, Sissy juga pernah muncul dengan single seperti Pesanan Ayahanda, Sudahlah (Meow), Entah Apa Rasa dan Bisa Mencinta.

Single Bebas edaran Alternate Records (MonkeyBone) kini boleh didapati di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes pada hari yang sama.

Lirik muzik video Bebas kini sudah boleh di tonton di laman YouTube MonkeyBone, layari https://m.youtube.com/watch?v=JNu8sOgWp-4.



[KREDIT: MonkeyBone]


4 Jul 2021

,



TAJUKNYA
sahaja mampu menarik perhatian semua untuk mengetahui apakah jalan cerita dalam telefilem ini.
 

Adakah kisahnya tentang pari-pari? Ataukah kisah pemandu lori yang bertemu si pari-pari cantik ketika dalam perjalanan menghantar barang?

Lapangkan seketika fikiran anda dengan menonton drama komedi santai dan mencuit hati berjudul Pari-Pari Naik Lori pada 5 Julai ini, jam 9 malam mengisi slot Drama On 2 di TV2.   

Menyaksikan gandingan pelakon utama si cantik Bella Astillah dengan dua hero Mustaqim Bahadon dan Nabil Aqil, drama disiarkan RTM ini juga diselitkan dengan pengajaran kepada semua terutama dalam mengambil keputusan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu yang pastinya mengundang akibat buruk kepada si pelakunya.

Ikuti kisah berlaku dalam diri watak Rosma yang setelah berfikir panjang memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Talha.

Ini kerana dia merasakan jejaka itu tidak punya cita-cita dan hanya selesa dengan perniagaannya menjual ayam. Kerana itu yang bukan diingini oleh Rosma. Dia mahu hidup kaya dan bahagia. 

Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka Rosma membuat keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihannya, Nazif. Keputusan itu mengejutkan banyak pihak terutamanya Talha.

Talha tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rosma akan bertunang dengan lelaki lain. Bukan dengan dirinya.

Nekad untuk mendapatkan Rosma semula, Talha tanpa berfikir panjang telah melakukan satu rompakan di majlis pertunangan Rosma. Lebih mengecewakan dia turut membawa lari wang hantaran diterima Rosma.

Apakah yang terjadi kemudiannya? Adakah Rosma berubah hati atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan Nazif yang tiba-tiba terjebak sama dengan balas dendam yang dilakukan Talha? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

3 Jul 2021

,



SELARAS
dengan pengumuman kerajaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disebabkan berlakunya peningkatan kes Covid 19 di Malaysia yang mana telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi terhadap kedudukan sosioekonomi sehingga menyukarkan mereka untuk menghadapi situasi dan bertahan dengan keadaan pandemik sekarang ini. 

Oleh itu, platform radio Media Prima, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM telah melancarkan inisiatif bersama kumpulan Media Prima di bawah program TV3, Bersamamu.

'Bersamamu #KitaJagaKita' merupakan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian.

Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita' mengajak pendengar yang memerlukan bantuan untuk menghantar Whatsapp kepada setiap stesen melalui 017-6846950 dan berkongsi situasi yang dialami oleh mereka.

Pendengar yang terpilih akan diberi bantuan kewangan berjumlah RM200. Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita dijangka akan bermula pada hari ini.

Menurut Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE;

"Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita bertujuan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkesan.

"Kami mengambil pendekatan ini untuk memastikan bantuan dapat diberikan dan memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapatkan sebarang bantuan. 

"Kami berharap kempen ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan walau sekecil manapun bantuan itu,” katanya.



Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diseru untuk kongsi cerita anda melalui nombor telefon yang diberikan. Media Prima Berhad bersedia untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan.


[KREDIT: Media Prima Berhad]

2 Jul 2021

,



MENGGALAS
tanggungjawab besar sebagai penyiar utama negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa, permintaan pasaran dan kesesuaian khalayak di samping mengambil kira kepentingan pemegang taruh. 

Ini  menunjukkan komitmen RTM dalam menyediakan perkhidmatan yang inklusif kepada masyarakat. Tahun 2021, sekali lagi menyaksikan tiada pergerakan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci, ekoran perkembangan situasi semasa Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Namun, mengambil kira ibrah musim Haji dan mengisi kerinduan para jemaah dan umat Islam di Malaysia terhadap Kota Suci, RTM menerusi Salam Baitullah 2021, program terbaik musim haji terus bersiaran untuk musim ke-13.

Sambutan hangat penonton pada setiap tahun sehingga mencecah 2.2 juta tontonan pada musim lepas. Salam Baitullah tahun ini menampilkan dua pengacara terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin (kumpulan UNIC) melalui penajaan daripada Olive House.

Setelah dua tahun Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan jemaah Haji seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, Salam Baitullah tahun ini bertemakan, Suatu Kerinduan sebagai mengimbau kenangan mengerjakan ibadah haji  kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara. 

Di samping itu, Salam Baitullah tahun ini akan membawakan juga berita-berita bagaimana ibadah haji secara norma baharu dilakukan.

Salam Baitullah akan disiarkan secara langsung 16 episod mulai 6 Julai hingga 20 Julai ini, jam 9 malam di TV1 dan Saluran Berita RTM (myFreeview 123) serta menerusi saluran media sosial seperti Facebook dan YouTube. Penonton juga dapat melayari siaran langsung melalui Aplikasi RTM Klik.

Sementara itu kemuncaknya menerusi siaran langsung Salam Baitullah Edisi Khas (Wukuf) pula disiarkan pada 19 Julai, jam 6 petang hingga 7 malam dan pukul 9 hingga 11 malam.

Pada tahun ini, program Salam Baitullah membariskan panel-panel pendakwah terkemuka negara yang akan memperincikan pengajaran haji berdasarkan situasi semasa.

Antaranya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi (Hal Ehwal Agama);Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan; Datuk Dr.Luqman Abdullah, Timbalan Mufti Selangor; Datuk Haji Anhar Haji Opir, Pengurus Besar Kanan Operasi Haji Tabung Haji; Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Datuk Dr. Izhar Ariff.

Diikuti Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof. Madya Dr. Sukki Othman, Ustaz Roslan Mohamed, Ustazah Hajah Isfadiah Mohd. Dasuki, Datuk Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Prof Madya Dr. Mohd. Farid Ravi Abdullah, Datuk Md. Daud Che Ngah, Ustaz Zul Ramli M. Razali, Ustaz Wadi Anuar, Datuk Ustaz Kazim Elias dan Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed.

Salam Baitullah musim ini turut menampilkan kelainan di mana terdapat Segmen Interaktif Selebriti yang dikendalikan oleh Ustaz Fakrul Radhi (UNIC) berkonsepkan bual santai bersama artis, tokoh sukan, selebriti media sosial yang dikenali mengenai pengalaman menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci.

Di antara tetamu yang bakal hadir ialah jaguh lumba basikal negara; Azizul Hasni Awang, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Datuk Chef Ismail,  Faizal Tahir, Wany Hasrita, Lah Ahmad, Asyraf Muslim, Azmi Caliph Buskers dan Ustaz Aidil Azwal Zainuddin (pengasas Olive House).

Seperti musim musim sebelum ini terdapat tiga kuiz yang ditawarkan setiap musim (Kuiz Harian & Kuiz Terkumpul di TV dan Kuiz Harian di Medsos) hadiah bernilai RM300 berupa produk keluaran Olive House untuk Kuiz Harian TV & Medsos.

RM15,000 berupa wang tunai secara keseluruhan harus dimenangi dengan penyertaan Kuiz Terkumpul. Penonton boleh menyertai soalan kuiz melalui aplikasi Facebook dan Instagram Salam Baitullah. 


[KREDIT: RTM]

1 Jul 2021

,


PADA ulangtahun ke-10 album Bintang Biru Kristal Salju, Pitahati bakal meriliskan album ini versi deluxe yang akan memuatkan persembahan live mereka di Galeri Annexe, Pasar Seni pada tahun 2012 dahulu. 

Album terbitan Luncai Emas ini juga telah diremaster untuk memberikan nafas baru pada sebuah karya Pitahati yang penting dan progresif dalam perjalanan musik mereka.

Album ini mengandungi dua CD. CD pertama memuatkan lagu lagu asal yang telah melewati proses remaster dan CD kedua mengandungi rakaman dari persembahan live mereka di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur.

Antara perkara-perkara yang membuat album ini istimewa ialah lagu hitsnya, Bintang Biru Kristal Salju, yang telah menjadi permintaan orang ramai di mana-mana persembahan mereka sehinggalah hari ini.

Dalam album inilah lagu itu muncul buat pertama kalinya dan sekaligus melonjakkan nama Pitahati di persada muzik rock Malaysia.

Selain daripada Bintang Biru Kristal Salju, Hati-Hati Ahmad! juga telah menjadi antara lagu yang terkenal sehingga hari ini.

Dengan album ini, Pitahati telah memperkenalkan sejenis genre muzik yang unik dan jarang didengari orang ramai ketika itu, iaitu sejenis muzik yang berasaskan art rock dan avant-garde, yang diwajahi dengan lirik-lirik dalam bahasa Melayu.

Gaya muzik seperti ini kian membunga dan merebak pada tahun-tahun berikutnya dan membentuk apa yang dikenali para pendengar zaman sekarang sebagai Psychedelic Rock Nusantara.

Album Bintang Biru Kristal Salju serta persembahan mereka di Galeri Annexe merupakan batu loncatan dalam perjalanan dan kemajuan seni dan muzik Pitahati.

Sejak itu, mereka telah merakam dua buah album, Fonetik Anak Candal dan Selamat Datang ke Panggung Suara.

Album-album tersebut kini menjadi penanda aras dalam muzik Malaysia kerana daya kreativiti, keaslian dan tahap usaha yang tinggi yang diletakkan ke dalam proses pembikinannya, sehingga berulangkali diiktiraf sebagai Album Terbaik pada tahun pelancarannya, oleh para pendengar dan pengkritik muzik yang ada.

Pitahati bakal muncul dengan sebuah single hasil kolaborasi bersama penyanyi lagenda Ito Blues Gang dalam bentuk sebuah remake, penggubahan semula lagu hit kumpulan Blues Gang, Khatulistiwa.

Single itu dijangka akan rilis pada hujung tahun ini. Selain itu, mereka juga sedang dalam proses pembikinan sebuah album baru, setelah enam tahun sejak pelancaran Selamat Datang ke Panggung Suara.

Album Bintang Biru Kristal Salju + Live di Galeri Annexe Pasar Seni KL sedia untuk dibeli mulai  25 Jun lalu di semua record store seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di laman-laman sosial Pitahati.