3 Jul 2021

BERSAMAMU #KITAJAGAKITA



SELARAS
dengan pengumuman kerajaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disebabkan berlakunya peningkatan kes Covid 19 di Malaysia yang mana telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi terhadap kedudukan sosioekonomi sehingga menyukarkan mereka untuk menghadapi situasi dan bertahan dengan keadaan pandemik sekarang ini. 

Oleh itu, platform radio Media Prima, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM telah melancarkan inisiatif bersama kumpulan Media Prima di bawah program TV3, Bersamamu.

'Bersamamu #KitaJagaKita' merupakan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian.

Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita' mengajak pendengar yang memerlukan bantuan untuk menghantar Whatsapp kepada setiap stesen melalui 017-6846950 dan berkongsi situasi yang dialami oleh mereka.

Pendengar yang terpilih akan diberi bantuan kewangan berjumlah RM200. Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita dijangka akan bermula pada hari ini.

Menurut Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE;

"Kempen 'Bersamamu #KitaJagaKita bertujuan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkesan.

"Kami mengambil pendekatan ini untuk memastikan bantuan dapat diberikan dan memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapatkan sebarang bantuan. 

"Kami berharap kempen ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan walau sekecil manapun bantuan itu,” katanya.



Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diseru untuk kongsi cerita anda melalui nombor telefon yang diberikan. Media Prima Berhad bersedia untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan.


[KREDIT: Media Prima Berhad]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan