Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DOKUMENTARI 35 TAHUN MENYULAM KASIH, DARI POLO KE PETERANA


EKSKLUSIF di Radio Televisyen Malaysia (RTM) saksikan siaran dokumentari bertajuk 35 Tahun Menyulam Kasih-Dari Polo Ke Peterana yang disiarkan pada 6 Mac ini menerusi ketiga-tiga saluran TV RTM iaitu jam 9 malam di TV1,  8 malam di TV Okey dan pukul 9 malam di saluran Berita Ehwal Semasa (BES).

Dokumentari ini berkongsi paparan 35 tahun yang lalu, Istiadat Majlis Perkahwinan Diraja, Yang Di-Pertuan Agong Keenam Belas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK., DK.(Brunei) pada bulan Mac 1986.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK., DK.(Brunei), telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments