20 Ogo 2020

NORANIZA IDRIS AKHIRNYA PILIH PENYAMAR SEBAGAI RAKAN DUET


I CAN See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) minggu ke-20 dihiburkan dengan tarian tradisional Sean dan Shuk, mengalu-ngalukan kehadiran Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris ke studio ICSYVMY3 bagi mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang. 

Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my. Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

Seperti minggu-minggu sebelum, panel tetap ICSYVMY3 adalah Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam. Selain itu, pelakon dan pelawak tanah air iaitu Achey, Atu Zero dan Lisa Surihani dijemput sebagai panel penyiasat pada episod ini. 

Noraniza Idris sudah melakukan kesilapan pertama apabila beliau mengikuti nasihat Mark Adam dan menyingkirkan penyanyi sebenar, seorang pegawai tadbir (Nur Amalina Suhaimi) yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Di pusingan lip sync pula, penyanyi misteri kedua dan keenam telah disingkirkan. Di pentas penentuan, penyanyi misteri kedua, seorang ahli kugiran (Muhd Izzuddin Baharudin) telah membuktikan bahawa bakatnya mampu mengatasi kritikan berkaitan imejnya. 

Seterusnya, penyanyi misteri keenam pula beraksi dengan hebat sekali di pentas penentuan. Ternyata, dia seorang jurulatih senamrobik (Farhana Abdullah) yang turut berkebolehan menyanyi dengan hebat sekali. Dia turut mewakili pasukan koir universiti ke peringkat luar negara.

Sudah tiga kali berturut-turut Noraniza Idris tersilap singkirkan penyanyi sebenar, beliau merasakan sangat serba salah namun teka teki ini mesti diteruskan juga. Seterusnya, beliau telah menyingkirkan penyanyi misteri ketiga atas nasihat majoriti panel penyiasat minggu ini. 

Di pentas penentuan, ternyata graduan kulinari (Mohd Khairul Anuar Mohd Rashid) ini ialah seorang penyamar bersuara sumbang. Barulah penyanyi legenda kita, Noraniza Idris dapat menghelakan nafas lega kerana sudah membuat pilihan yang tepat.

Sekali lagi majoriti panel sebulat suara, mereka memilih penyanyi misteri keempat sebagai pasangan duet dan turut di persetujui Noraniza Idris. Oleh itu, penyanyi misteri kelima tersingkir, ternyata dia ialah seorang pengemas bilik hotel (Muhd Yamin Bharom) yang bersuara sumbang. 

Akhirnya, pilihan duet Noraniza Idris, penyanyi misteri keempat berjaya berduet dengan beliau walaupun dia sebenarnya seorang penyamar bersuara sumbang yang belajar fesyen (Muhd Sayuti Abdul Kahar). Secara automatik, Sayuti berjaya membawa pulang RM3000.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti episod akhir ICSYVMY3 musim ketiga yang akan menampilkan Dato’ Nash sebagai artis jemputan dan pasangan merpati dua sejoli, Siti Sarah dan Shuib sebagai panel penyiasat jemputan pada 23 Ogos 2020  hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, "Kekal Aktif, Kekal Berinternet" sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, "Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda" sebagai penaja bersama. 

Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen serta Yean Zi Hong sebagai penerbit dari Primeworks Studios. 

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


[CREDIT: TV3/Media Prima]

Tiada ulasan:

Catat Komen